Honda Civic Type R FL5 di Malaysia – hanya 19 unit ditawarkan, pelanggan perlu cabut undi untuk beli

Honda Civic Type R FL5 di Malaysia – hanya 19 unit ditawarkan, pelanggan perlu cabut undi untuk beli

Honda Civic Type R FL5 secara rasminya telah dilancarkan pada pasaran Malaysia hari ini, dijual pada harga atas jalan RM399,900. Namun dengan tinggi permintaan dari seluruh dunia, dan ia hanya dihasilkan di kilang Yorii di Saitama, Jepun, Honda Malaysia hanya diberikan 19 unit Type R FL5 (20-unit jika termasuk unit milik Honda Malaysia sendiri) untuk dijual di sini untuk tahun ini.

Jadi untuk memastikan semua orang yang berminat untuk membeli hot-hatch produksi FWD terpantas di Nürburgring ini mendapat peluang yang adil, Honda Malaysia telah membuat sistem cabutan undian untuk semua pelanggan yang telah meletakkan nama bagi menempah kereta ini. Walau bagaimanapun, untuk yang tidak berjaya, anda mungkin boleh mencuba sekali lagi untuk kuota stok baharu bagi tahun hadapan.

Tempahan akan dibuka hari ini, di mana mereka yang berminat perlu meletakkan deposit. Tarikh tutup tempahan adalah pada 15 Oktober, dan cabutan hanya akan dibuat pada 20 Oktober ini. Selepas semua undian ini lengkap dicabut, Honda Malaysia akan mengumumkan senarai semua pembeli yang berjaya bagi memastikan semua pihak berpuas hati.

Seperti yang diketahui, Civic Type R FL5 ini diasaskan dari Civic generasi ke-11 dalam bentuk badan hatchback. Ia menerima kejuruteraan semula pada casis dengan diberikan suspensi lebih baik, badan lebih lebar bersama kit aero lebih agresif dan pelbagai lagi.

Model generasi baharu ini masih menerima enjin petrol 2.0 liter VTEC Turbo K20C1 seperti model generasi FK8 terdahalu, namun ditala semula bagi memberikan kuasa lebih besar. Malaysia menerima talaan kuasa yang sama seperti model pasaran ASEAN lain iaitu 319 PS pada tahap 6,500 rpm dan tork maksima 420 Nm bermula 2,600 hingga 4,000 rpm.

Honda Civic Type R FL5 di Malaysia – hanya 19 unit ditawarkan, pelanggan perlu cabut undi untuk beli

Peningkatan kuasa ini dibuat menerusi kemaskini pada pengecas turbo yang dihasilkan dengan saiz, bentuk serta jumlah bilah turbin yang dioptimakan bersama bentuk aliran udara dari salur kemasukan, serta sistem ekzos yang lebih efisien. Model baharu ini juga menerima sistem ekzos dengan Active Sound Control yang menampilkan injap aktif bagi memberikan operasi lebih baik dan juga bunyi yang lebih merdu.

Selain itu, rekaan gril hadapan dengan ruang kemasukan udara lebih besar membolehkan radiator beroperasi pada kadar 48% lebih baik dari FK8. FL5 masih lagi mengekalkan prinsip hanya dihasilkan dengan kotak gear enam-kelajuan manual, bagi memastikan ia dibeli oleh mereka yang betul-betul minat memandu.

Transmisi manual yang lengkap dengan LSD berkenaan dipertingkat menerusi roda tenaga yang lebih ringan, perisian sistem rev-match (heel & toe automatik) yang diperkemas, serta tuil dan pagar “H-pattern” yang dioptimakan bagi memberikan penukaran gear yang lebih jitu.

Gandingan unit rangkaian kuasa ini membolehkan Honda Civic Type R ini memecut dari 0-100 km/j dalam masa 5.5 saat sebelum mencapai kelajuan maksima 272 km/j. Untuk lebih perincian berkenaan Type R FL5 pasaran Malaysia ini, anda boleh baca laporan kami pada PAUTAN INI.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

Certified Pre-Owned - 1 Year Warranty

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Mohd Farid Awaludin

Farid mula menggilai kereta dengan menghafal logo dan jenama kereta ketika berumur 4 tahun, dan selanjutnya belajar membaiki kereta di institut kemahiran awam tempatan. Selalu membayangkan diri menjadi kerdil masuk ke dalam sistem mekanikal untuk diagnosis masalah dan memahamkan diri sendiri berkenaan teknologi baru. Dek selalu berangan mahu jadi seperti Tiff Needell, akhirnya diberi peluang untuk menyertai dunia media permotoran pada tahun 2012.

 
 

Add a comment

required

required