Smart Digital Key diperkenal pada Toyota Corolla 2024 – guna telefon untuk buka/tutup kunci, hidupkan enjin

Smart Digital Key diperkenal pada Toyota Corolla 2024 – guna telefon untuk buka/tutup kunci, hidupkan enjin

Toyota telah mengumumkan fungsi baru untuk model Corolla 2024 pasaran Eropah, dengan yang menjadi perhatian utama adalah sistem Smart Digital Key. Melalui fungsi ini, pemilik boleh menggunakan telefon pintar Android atau iPhone sebagai pengganti kepada kunci biasa yang diberi, untuk membuka dan menutup kunci, serta menghidupkan enjin.

Setiap kereta boleh dihubungkan kepada kepada lima telefon pintar, dan anda boleh menggunakannya dengan telefon tersebut berada di dalam beg atau poket. Tidak perlu lekapkan atau dekatkan telefon tersebut pada mana-mana sensor dan ia berfungsi sama seperti kunci pintar biasa. Secara ringkasnya, ia boleh menggantikan kunci pintar.

Walaubagaimanapun, Toyota Europe buat masa sekarang hanya menawarkan fungsi ini secara langganan. Ia datang terus pada varian Mid ke atas, tetapi hanya termasuk dengan langganan satu tahun. Untuk terus menggunakannya, pemilik perlu membuat bayaran tambahan. Harga sebenar masih belum diberitahu.

Smart Digital Key diperkenal pada Toyota Corolla 2024 – guna telefon untuk buka/tutup kunci, hidupkan enjin

Peningkatan lain untuk Corolla 2024 adalah termasuk sistem pembersih angin nanoe-x Panasonic – pertama kali untuk Eropah – dan warna badan Super Green Metallic untuk versi Hatchback dan Touring Sports, seperti di dalam gambar.

Di Malaysia, Toyota Corolla 2023 baru sahaja dilancarkan dengan beberapa peningkatan di bahagian luar dan dalam, bersama pengenalan varian GR Sport. Harganya adalah antara RM140k ke RM153k.

Nak jual kereta anda? Jual dengan myTukar.

Certified Pre-Owned - 1 Year Warranty

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Durrani Sharom

Mempunyai latar belakang yang pelbagai termasuk sebagai pengurus tapak, pemandu van/lori dan pelbagai lagi, Durrani akhirnya masuk ke dalam bidang penulisan automotif lapan tahun lalu. Apa sahaja yang beroda dan berenjin membuatkan beliau teruja dan beliau percaya ‘mesin pengangkutan' ini sepatutnya adalah sesuatu yang mampu memberikan pengalaman menyeronokkan kepada penggunanya.

 
 

Add a comment

required

required