Touch ‘n Go sasar empat juta pengguna RFID menjelang hujung 2024; tiga juta pelanggan setakat ini

Touch ‘n Go sasar empat juta pengguna RFID menjelang hujung 2024; tiga juta pelanggan setakat ini

Seramai empat juta pelanggan disasarkan menggunakan teknologi Identifikasi Frekuensi Radio (RFID) menjelang penghujung 2024, ujar CEO Touch ‘n Go Sdn Bhd (Touch ‘n Go), Praba Sangarajoo.

Menurut beliau, setakat ini, pelanggan RFID sudah mencecah tiga juta pengguna, dan bilangan itu disasarkan meningkat satu juta pengguna menjelang akhir 2024, selaras dengan objektif syarikat ini bagi menyediakan kaedah pembayaran tol yang lebih lancar serta mudah, laporan Bernama.

“Semakin ramai orang menghargai kemudahan RFID, (maka) akan wujud pertumbuhan kukuh dalam penerimaan dan penggunaannya,” tambahnya.

Buat setakat ini, teknologi RFID telah digunapakai di kebanyakan plaza tol di lebuhraya negara ini. Selain melancarkan pembayaran di plaza tol, RFID juga membolehkan pembayaran bahan api tanpa sentuh di stesen minyak Shell.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Izwaashura Sadali

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

 
 

Add a comment

required

required