Hyundai Santa Fe facelift 2024 dibuka tempahan di M’sia – CKD, 3 varian, 1.6L hibrid dan 2.2L diesel

Hyundai Santa Fe facelift 2024 dibuka tempahan di M’sia – CKD, 3 varian, 1.6L hibrid dan 2.2L diesel

Hyundai-Sime Darby Motors (HSDM) telah mengumumkan tempahan untuk Santa Fe facelift generasi ke-empat telah pun dibuka. SUV yang diberi suntikan baharu ini akan dipertontonkan buat pertama kalinya di khalayak ramai di sini menerusi acara Premium Auto Car Expo (PACE) 2023 anjuran Paultan.org yang berlangsung pada 4-5 Nov (Sabtu & Ahad ini) bertempat di Setia City Convention Centre di Setia Alam.

Model pemasangan tempatan (CKD) Santa Fe ini akan ditawarkan dengan petrol hybrid terlebih dahulu, disusuli versi diesel. Tiga varian akan ditawarkan untuk pasaran Malaysia iaitu Hybrid Plus, Hybrid Max dan Diesel Max.

Varian Hybrid dijanakan oleh kombinasi enjin 1.6 liter Gamma II T-GDI petrol yang mampu menghamburkan kuasa 180 PS dan tork 265 Nm, dengan motor elektrik 44.2 kW, sekaligus memberikan keseluruhan kuasa mencecah 230 PS dan 350 Nm. Pacuannya disalurkan ke roda hadapan menerusi transmisi automatik enam-kelajuan.

Untuk Diesel Max pula, ia dikuasakan oleh enjin 2.2 liter CRDi diesel, dengan hamburan output cecah 199 hp (202 PS) dan tork 440 Nm, yang disalurkan ke empat-empat roda menerusi sistem pacuan semua-roda dan DCT basah lapan-kelajuan.

Hyundai Santa Fe facelift 2024 dibuka tempahan di M’sia – CKD, 3 varian, 1.6L hibrid dan 2.2L diesel

Untuk kelengkapannya, Hybrid Plus diberikan roda aloi 17-inci dan tayar profil 235/65, sementara Hybrid Max dengan unit 19-inci (dan tayar 235/55). Diesel Max pula menerima roda yang lebih besar bersaiz 20-inci, dibaluti tayar 255/45. Kesemua varian juga menampilkan lampu utama projektor bi-function LED, lampu nyalaan siang LED dan lampu belakang LED.

Terdapat sedikit perbezaan kelengkapan, tetapi kesemua varian Santa Fe facelift masih ditampilkan dengan ciri yang lebih kurang sama. Hybrid Plus diberikan upholstery fabrik dan LCD TFT 4.25-inci Supervision untuk kluster instrumen dan tiada tailgate kuasa, rel bumbung dan pencahayaan mood.

Manakala Diesel Max pula didatangkan dengan tempat duduk hadapan larasan kuasa standard, tanpa fungsi pemanasan dan pengudaraan serta tempat duduk dengan ciri memori yang ada pada Hybrid Max. Selain itu, Hybrid Max dan Diesel Max diberikan tempat duduk balutan kulit, panel instrumen 12.3-inci, tailgate kuasa dan rel bumbung.

Manakala ciri standard untuk kesemua varian termasuk skrin sesentuh lapan-inci dengan Android Auto/Apple CarPlay tanpa wayar dan pengesan suara, sistem audio enam-pembesar suara, pendingin hawa dwi-zon dengan corong AC di belakang, bilah pengelap cermin automatik, kemasukan dengan kunci pintar dan butang penghidup enjin, fungsi remote start, cermin pandang belakang
electro-chromic dan pengecasan telefon tanpa wayar.

Untuk kelengkapan bantuan pemandu, kesemua varian Santa Fe facelift didatangkan dengan enam beg udara dan kit keselamatan (ESC, bantuan mula-mendaki, kawalan brek turun bukit dan banyak lagi) bersama Hyundai SmartSense termasuk Kawalan Kelajuan Pintar.

Bagi warna luarannya, SUV ini didatangkan dengan pilihan Snowflake White Pearl, Jet Black, Meteor Grey dan Stormy Sea. Tiada harga diumumkan, namun HSDM berkata Santa Fe CKD ini juga dirancang untuk dieksport ke Thailand – akan didedahkan menjelang pelancaranya.

Jangan lupa untuk memeriahkan acara PACE 2023 yang berlangsung pada 4-5 Nov (Sabtu & Ahad ini) bertempat di Setia City Convention Centre di Setia Alam untuk melihat Santa Fe facelift, Tucson 2024, dan banyak lagi model kenderaan premium yang akan dipertontonkan. Anda juga berpeluang memandu uji dan membuat tempahan mana-mana model kereta yang diminati. Jumpa di sana!

Hyundai Santa Fe facelift 2024 dibuka tempahan di M’sia – CKD, 3 varian, 1.6L hibrid dan 2.2L diesel

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Izwaashura Sadali

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

 
 

Add a comment

required

required