PACE 2023: Mercedes-Benz EQS dan AMG CLA45S 4Matic+ antara dipamer, nikmati pelbagai hadiah

PACE 2023: Mercedes-Benz EQS dan AMG CLA45S 4Matic+ antara dipamer, nikmati pelbagai hadiah

Pameran PACE 2023 sedang berlangsung di SCCC, Setia Alam pada hujung minggu 4-5 November 2023. Ada banyak jenama dan kenderaan baru/terpakai yang turut dipamerkan, semua dengan tawaran istimewa khas untuk mereka yang hadir ke acara ini.

Antara pempamer yang terlibat ialah Mercedes-Benz, melalui pengedarnya Hap Seng Star. Dan, dua model menarik menjadi perhatian di ruang pamer jenama ini. Yang pertama ialah Mercedes-AMG CLA45S 4Matic+ facelift. Coupe empat-pintu ini menerima beberapa kemasan luaran, enjinnya menerima jolokan sebagai unit turbocas empat-silinder paling berkuasa yang masih dalam produksi, ia menjana sebanyak 421 PS (416 hp atay 310 kW) dan 500 Nm tork. Semua ini dari enjin 2.0L yang digandingkan dengan transmisi klac berkembar AMG Speedshift DCT 8G dan AMG Performance 4Matic+. Ia mampu mencapai pecutan 0-100 km/j dalam masa 4.1 km/j dengan laju maksimum 270 km/j.

Selain itu, Mercedes-Benz EQS yang baru dilancarkan juga turut dipamerkan. Sebuah SUV EV, ia hadir dalam penawaran 580 4Matic, dengan tetapan dua motor yang menjana 544 PS dan 858 Nm tork. Dilengkapi bateri 107.8 kWh, EV saiz besar ini memberikan jarak 615 km dalam satu cas penuh. Pecutan 0-100 km/j pula dalam masa 4.6 saat, dan laju maksimum 210 km/j. Datang ke PACE 2023 untuk melihat model-model ini dari dekat, dan pandu ujinya sekali.

PACE 2023: Mercedes-Benz EQS dan AMG CLA45S 4Matic+ antara dipamer, nikmati pelbagai hadiah

Jika menempah mana-mana model kereta menerusi acara PACE 2023 ini, pengunjung berpeluang mendapat ganjaran menarik termasuklah baucar bernilai RM2,500 dari rakan kerjasama kami. Ini termasuklah baucar filem cermin gelap bernilai RM500 (V-Kool), baucar RM500 untuk alas kereta dari Dodomat, baucar RM500 dari Blueair, baucar RM500 untuk tempat duduk keselamatan kanak-kanak (Recaro Kids) dan baucar RM500 untuk tempat duduk kulit kustom (DK Schweizer).

Rakan penaja utama PACE 2023 iaitu Petronas dan penaja bersama myTukar turut menyediakan booth masing-masing. Malahan myTukar juga mempamerkan pelbagai barisan kenderaan terpakai untuk dijual dan menyediakan perkhidmatan pemeriksaan kenderaan.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

Certified Pre-Owned - 1 Year Warranty

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Hazril Hafiz

Berkecimpung di dalam media automotif tempatan sejak 10 tahun lalu, Hafiz mengimpikan sebuah Malaysia dengan jaringan sistem pengangkutan awam yang lebih cekap dan menyeluruh. Tugas terakhirnya sebelum menyertai laman web ini ialah sebagai editor sisipan automotif sebuah akhbar arus perdana.

 
 

Add a comment

required

required