Proton Saga dengan gaya S70 oleh Theophilus Chin

Proton Saga dengan gaya S70 oleh Theophilus Chin

Selepas banyak perincian, gambar serta laporan ujian Proton S70 dikeluarkan pagi ini, mungkin ada yang tertanya bagaimana jika satu lagi model sedan Proton menggunakan konsep rekaan yang sama sepertinya. Ini dia, hasil daripada Theophilus Chin, diubah suai secara digital pada Saga.

Melalui perubahan yang dibuat, Saga generasi keempat ini menerima muka S70, bersama gril, lampu hadapan serta rekaan bamparnya. Theo juga membawa garis badan S70, dari hujung lampu hadapan, ditarik ke tepi pintu dan berterusan sehingga ke belakang.

Proton Saga dengan gaya S70 oleh Theophilus Chin

Saga dalam versi terkini ini kali terakhir menerima peningkatan pada bulan Jun lepas dengan menerima transmisi automatik empat kelajuan daripada Aisin (sebelumnya menggunakan unit daripada Aisin). Tiada perubahan lain diberi pada kelengkapan atau harganya pada masa itu.

Dimensi untuk Proton S70 setakat ini masih belum didedahkan, tetapi jika melihat kepada model yang digunakan sebagai asas, iaitu Geely Emgrand, ia mencatat panjang 4,638 mm, lebar 1,822 mm, tinggi 1,460 mm dan jarak roda 2,650 mm. Ini menjadikan ia lebih besar berbanding sedan segmen C Proton sebelum ini, seperti Preve dan Inspira.

Untuk Saga yang diubah secara digital ini, apa pendapat anda?

Nak jual kereta anda? Jual dengan myTukar.

Certified Pre-Owned - 1 Year Warranty

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Durrani Sharom

Mempunyai latar belakang yang pelbagai termasuk sebagai pengurus tapak, pemandu van/lori dan pelbagai lagi, Durrani akhirnya masuk ke dalam bidang penulisan automotif lapan tahun lalu. Apa sahaja yang beroda dan berenjin membuatkan beliau teruja dan beliau percaya ‘mesin pengangkutan' ini sepatutnya adalah sesuatu yang mampu memberikan pengalaman menyeronokkan kepada penggunanya.

 
 

Add a comment

required

required