Toyota panggil semula 1.12 juta kenderaan di seluruh dunia berhubung isu litar pintas penderia beg udara

Toyota panggil semula 1.12 juta kenderaan di seluruh dunia berhubung isu litar pintas penderia beg udara

Agensi berita Reuters melaporkan bahawa pada Rabu lalu Toyota telah mengeluarkan notis panggilan semula terhadap 1.12 juta kenderaan di seluruh dunia, berhubung masalah litar pintas di dalam penderia Occupant Classification System (OCS) beg udara, yang mungkin boleh menyebabkan ia tidak mengembang seperti sepatutnya ketika berlaku kemalangan.

Panggilan semula ini melibatkan model yang diproduksi bermula tahun 2020 sehingga 2022 termasuk model seperti Avalon, Camry, Corolla, RAV4, Lexus ES250, ES300H, ES350, RX350 Highlander dan Sienna Hybrid. Sekitar satu juta unit kenderaan dari jumlah keseluruhan yang terlibat dalam panggilan semula ini adalah model yang dijual di pasaran Amerika Syarikat.

Penderia berkenaan berfungsi bagi memastikan beg udara tidak mengembang sekiranya kanak-kanak atau orang dewasa bersaiz kecil duduk di kerusi penumpang hadapan. Untuk setiap kenderaan yang dipanggil semula tersebut, pengedar akan membuat pemeriksaan terhadap komponen berkenaan dan menukarnya sekiranya perlu.

Toyota merancang untuk mengeluarkan notis pemberitahuan kepada pelanggan bermula Februari nanti, walau bagaimanapun masih belum dapat dipastikan sama ada model-model pasaran Malaysia terlibat atau tidak dalam panggilan semula ini.

Pada Julai 2022 Toyota telahpun membuat panggilan semula terhadap 3,500 RAV4 di Amerika Syarikat berhubung masalah yang hampir sama iaitu potensi gangguan antara komponen dalaman yang menyebabkan penderia OCS tersebut tersalah mengesan penumpang pada tempat duduk hadapan.

Masalah itu telah menyebabkan semua beg udara mengembang dengan sama tidak kira pada bahagian pemandu atau penumpang, menyebabkan kecederaan malah dalam kes yang jarang berlaku menyebabkan kematian kepada kanak-kanak, orang dewasa bersaiz kecil dan penumpang yang tidak memakai tali pinggang keledar yang terlalu hampir dengan beg udara tersebut ketika ia mengmbang, lapor Reuters.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

Certified Pre-Owned - 1 Year Warranty

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Mohd Farid Awaludin

Farid mula menggilai kereta dengan menghafal logo dan jenama kereta ketika berumur 4 tahun, dan selanjutnya belajar membaiki kereta di institut kemahiran awam tempatan. Selalu membayangkan diri menjadi kerdil masuk ke dalam sistem mekanikal untuk diagnosis masalah dan memahamkan diri sendiri berkenaan teknologi baru. Dek selalu berangan mahu jadi seperti Tiff Needell, akhirnya diberi peluang untuk menyertai dunia media permotoran pada tahun 2012.

 
 

Add a comment

required

required