Stellantis cari jurutera bahagian pemasangan bateri di M’sia; Peugeot e-2008 dapat bateri buatan tempatan?

Stellantis cari jurutera bahagian pemasangan bateri di M’sia; Peugeot e-2008 dapat bateri buatan tempatan?

Stellantis sedang menawarkan kekosongan jawatan di Malaysia, terutamanya untuk kilang produksinya di Gurun, Kedah, yang memasang kenderaan keluaran syarikat ini. Sebanyak sembilan jawatan kosong telah diiklankan di LinkedIn oleh kakitangan pemgambilan pekerja syarikat ini, termasuklah jawatan sebagai jurutera di bahagian pemasangan bateri.

Kami telah pun mendapat pengesahan dari Stellantis sendiri bahawa ia akan mengeluarkan banyak model CKD (pemasangan tempatan) untuk pasaran Malaysia pada tahun ini, termasuklah 408, e-2008 dan Landtrek.

Untuk barisan bateri yang disebut di atas, yang melibatkan trio kenderaan elektrik (EV) ini, iaitu e-2008 yang dilengkapi dengan bateri litium-ion kapasiti 46.2 kWj yang mampu memberikan jarak pacuan mengikut kitaran WLTP cecah 320 km.

Stellantis cari jurutera bahagian pemasangan bateri di M’sia; Peugeot e-2008 dapat bateri buatan tempatan?

Bateri tersebut menjanakan kuasa untuk motor elektrik pemasangan hadapan dengan kuasa 136 PS dan 260 Nm, yang boleh dicas menggunakan pengecas AC berkadar sehingga 11 kW, dengan mengambil masa sekitar 4.5 jam untuk pengecasan penuh, atau sehingga 100 kW dengan pengecas DC di mana ia mencapai tahap 0-80% dalam tempoh 30 minit.

Pada November lalu, Stellantis mengumumkan pihaknya telah menilai kilang pengeluaran di Gurun yang berpotensi menjadi hab pengeluaran serantau bagi kenderaan bateri-elektrik yang akan dipasarkan untuk pasaran domestik dan eksport di rantau ASEAN.

Pada ketika itu, Stellantis bahawa ia “bertujuan untuk membawa platform STLA Medium ke rantau ASEAN” yang akan membolehkan kumpulan itu mengeluarkan kenderaan pelbagai tenaga – pembakaran, hibrid sederhana dan BEV – di rantau ASEAN untuk pasaran ASEAN.

Kilang pengeluaran ini diletakkan di bawah pemilikan penuh Stellantis pada November 2021, dan telah mengeluarkan Peugeot 2008, 3008 dan 5008 pada tahun lalu.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

Certified Pre-Owned - 1 Year Warranty

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Izwaashura Sadali

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

 
 

Add a comment

required

required