Toyota Hiace Panel Van 3.0L turbodiesel sudah boleh ditempah di Malaysia – RM123k, 136 PS/300Nm, Euro 4

Toyota Hiace Panel Van 3.0L turbodiesel sudah boleh ditempah di Malaysia – RM123k, 136 PS/300Nm, Euro 4

UMW Toyota Motor hari ini membuat pengumuman bahawa tempahan bagi model Toyota Hiace Panel Van 3.0L sudahpun boleh dibuat. Menurut syarikat itu, penawaran baharu ini akan memberikan prestasi dan kadar efisien yang lebih baik serta lebih mesra alam berbanding model 2.5L sedia ada.

Ia menampilkan enjin 1KD-FTV turbodiesel 3.0 liter 16 injap DOHC dengan unit intercooler menghasilkan 136 PS pada takat 3,400 rpm dan tork maksima 300 Nm bermula 1,200 rpm hingga 2,400 rpm, serta disahkan patuh undang-undang Euro 4. Sebagai perbandingan, model terdahulu dilengkapi dengan enjin turbodiesel 2.5 liter yang hanya menghasilkan 102 PS/260 Nm.

Walau bagaimanapun, enjin berkenaan masih hanya ditawarkan dalam versi kotak gear manual lima-kelajuan, tanpa pilihan transmisi automatik. Panel Van ini juga hanya dibekalkan dengan dua tempat duduk di bahagian hadapan, manakala bahagian kabin belakang menyediakan ruang storan sepanjang 2,930 mm. Radius pusingan pula adalah lima meter.

Klik untuk besarkan

Antara kit standard yang dilengkapkan pada kenderaan komersil ini termasuk cermin tingkap berkuasa elektrik, pemain CD dengan port USB dan sambungan Bluetooth dihubungkan kepada dua pembesar suara dan penderia undur. Ia juga ditawarkan dengan pilihan tag RFID, skrin sesentuh 7.0-inci dengan paparan kamera undur, kamera perakam digital, sistem telematik kenderaan dan pam tayar mudah alih.

Untuk keselamatan, Panel Van ini dilengkapi dengan dua-beg udara dan sistem brek ABS. UMW Toyota juga mengumumkan bahawa Toyota Hiace Panel Van 3.0L ini akan dijual pada harga atas jalan tanpa insuran RM123,000.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

Certified Pre-Owned - 1 Year Warranty

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Mohd Farid Awaludin

Farid mula menggilai kereta dengan menghafal logo dan jenama kereta ketika berumur 4 tahun, dan selanjutnya belajar membaiki kereta di institut kemahiran awam tempatan. Selalu membayangkan diri menjadi kerdil masuk ke dalam sistem mekanikal untuk diagnosis masalah dan memahamkan diri sendiri berkenaan teknologi baru. Dek selalu berangan mahu jadi seperti Tiff Needell, akhirnya diberi peluang untuk menyertai dunia media permotoran pada tahun 2012.

 
 

Add a comment

required

required