Volkswagen ID.3 GTX diperkenal – EV hatch prestasi dengan kuasa sehingga 326 PS, 545 Nm, hanya RWD

Volkswagen ID.3 GTX diperkenal – EV hatch prestasi dengan kuasa sehingga 326 PS, 545 Nm, hanya RWD

Barisan model kenderaan elektrik (EV) prestasi GTX dari Volkswagen kini semakin bertambah apabila ID.3 GTX diperkenalkan untuk menyertai ID.4 dan ID.5 versi GTX sebelumnya. Walaubagaimanapun, ID.3 GTX cuma datang dengan satu motor elektrik di belakang dan bukannya dua motor dan pacuan semua roda seperti ID.4 dan ID.5 GTX.

Menurut Volkswagen, varian asas akan menawarkan kuasa 286 PS (282 hp atau 210 kW) dan tork 545 Nm, sementara varian GTX Performance datang dengan kuasa 326 PS (322 hp atau 240 kW). Tork pula masih sama.

Dari aspek prestasi, ID.3 GTX varian asas akan mengambil masa enam saat untuk melakukan pecutan 0-100 km/j dan mencecah kelajuan maksimum 180 km/j sementara GTX Performance pula mencatat 5.6 saat untuk pecutan sama dan boleh mencecah 200 km/j. Kata Volkswagen, GTX Performance ini boleh dianggap seperti Golf GTI Clubsport versi elektrik.

Kedua-dua varian ID.3 GTX ini mendapat pek bateri lithium ion dengan kapasiti 79 kWh, yang dikatakan boleh membawa kenderaan untuk bergerak sehingga 600 km mengikut standard WLTP. Ia boleh menerima pengecasan pantas DC sehingga 175 kW dan bateri boleh naik dari 10 ke 80% dalam masa 26 minit.

Untuk menjadikan penampilannya lebih menyerlah, ID.3 GTX ini mendapat bampar hadapan dengan bukaan udara lebih besar serta kemasan gril ala berlian. Lampu DRL menggunakan bentuk seperti boomerang manakala di belakang terdapat diffuser yang berwarna hitam. Rim bersaiz 20 inci.

Di bahagian dalam anda akan menemui banyak perincian berwarna merah, serta tempat duduk lebih sporty, yang boleh dilaras secara elektrikal. Barangan lain adalah seperti lencana GTX, sistem infotainmen dengan skrin 12.9 inci serta butang kawalan yang menyala.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

Certified Pre-Owned - 1 Year Warranty

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Durrani Sharom

Mempunyai latar belakang yang pelbagai termasuk sebagai pengurus tapak, pemandu van/lori dan pelbagai lagi, Durrani akhirnya masuk ke dalam bidang penulisan automotif lapan tahun lalu. Apa sahaja yang beroda dan berenjin membuatkan beliau teruja dan beliau percaya ‘mesin pengangkutan' ini sepatutnya adalah sesuatu yang mampu memberikan pengalaman menyeronokkan kepada penggunanya.

 
 

Add a comment

required

required