Zeekr Mix terdedah di China – MPV elektrik kecil dengan lima tempat duduk, kuasa 421 PS, satu motor

Zeekr Mix terdedah di China – MPV elektrik kecil dengan lima tempat duduk, kuasa 421 PS, satu motor

MPV mini yang akan diperkenalkan oleh Zeekr tidak lama lagi nampaknya sudah mempunyai nama. Ia dipanggil sebagai Mix dan ini diketahui selepas CarNewsChina mengeluarkan laporan nama tersebut didaftar di dalam laman Kementerian Industri dan Teknologi Informasi (MIIT) China.

Model ini akan diletakkan di bawah model 009, dan maklumat awal mengatakan ia adalah yang pertama menggunakan platform Sustainable Experience Architecture (SEA) Geely, varian SEA-M untuk MPV, robotaxi dan kenderaan logistik.

Rekaan kemas dan ringkas digunakan pada badan Mix ini, dan ia turut dilengkapi Zeekr Stargate, iaitu jalur lampu hadapan yang jika dilihat pada model 007, menggunakan 1,171 LED dan boleh mengeluarkan paparan khas yang ditetapkan oleh pemilik.

Dalam dokumen pendaftaran MIIT yang dilihat, Mix dinamakan sebagai kenderaan lima tempat duduk dan unit yang ditemui didapati mempunyai tempat duduk tengah yang boleh dilipat. Konsol tengah besar juga dilihat akan dijadikan sebagai pilihan, bersama kelengkapan lain seperti sensor lidar di bumbung dan fender untuk pemanduan autonomous.

Mix mencatat ukuran panjang 4,688 mm, lebar 1,995 mm, tinggi 1,755 mm dan jarak roda 3,008 mm. Ini meletakkannya hampir kepada saiz Nissan Serena, tetapi dengan jarak roda yang lebih 200 mm.

Kuasa penggerak datang daripada tetapan satu motor yang mampu menghasilkan 421 PS (310 kW), sama seperti 007. Bateri menggunakan nickel cobalt manganese (NCM) ternary lithium, tetapi jarak gerak masih belum didedahkan. Pada 007, ia boleh pergi sehingga 688 km dengan bateri 75 kWh.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Durrani Sharom

Mempunyai latar belakang yang pelbagai termasuk sebagai pengurus tapak, pemandu van/lori dan pelbagai lagi, Durrani akhirnya masuk ke dalam bidang penulisan automotif lapan tahun lalu. Apa sahaja yang beroda dan berenjin membuatkan beliau teruja dan beliau percaya ‘mesin pengangkutan' ini sepatutnya adalah sesuatu yang mampu memberikan pengalaman menyeronokkan kepada penggunanya.

 
 

Add a comment

required

required