Honda Ye diperkenal – barisan EV untuk China terdiri daripada P7, S7, GT Concept, lancar tahun ini

Honda Ye diperkenal – barisan EV untuk China terdiri daripada P7, S7, GT Concept, lancar tahun ini

Walaupun sudah sedikit ketinggalan dalam dunia kenderaan elektrik (EV), Honda nampaknya mahu membuat kebangkitan dengan memperkenalkan Ye, iaitu barisan model elektrik khas untuk China dan berbeza dengan siri 0 (Zero) yang diperkenalkan untuk pasaran global.

Ye itu diambil daripada perkataan Mandarin yang membawa maksud “bersinar dengan gemilang” dan tiga model pertama yang menggunakan nama tersebut, iaitu P7 (SUV), S7 (SUV) dan GT Concept (sedan) akan diperkenalkan semasa pameran Auto China yang akan berlangsung minggu hadapan di Beijing.

Ketiga-tiga kereta ini nampak sudah lebih bersedia untuk pengeluaran, dengan P7 dan S7 akan mula dijual pada hujung tahun ini. Dua crossover tersebut dilihat mempunyai rekaan hampir sama, dengan cermin hadapan yang melengkung ke tepi, cermin belakang landai serta d-pillar yang tebal.

Perbezaannya adalah pada kemasan hadapan dan belakang, terutamanya bahagian lampu, dengan P7 mempunyai pencahayaan berbentuk C manakala S7 menggunakan rekaan X dan grafik H masing-masing di hadapan dan belakang.

Honda Ye diperkenal – barisan EV untuk China terdiri daripada P7, S7, GT Concept, lancar tahun ini

Ciri seperti Honda e, iaitu pembuka pintu sama rata dengan badan dan kamera untuk menggantikan cermin sisi juga digunakan pada dua model Ye ini. Untuk logo, Honda menggunakan penjenamaan seperti model siri 0 yang nampak klasik serta tulisan Honda di belakang. Soket pengecas pula terletak di fender hadapan.

Pada bahagian dalam, P7 dan S7 menggunakan rekaan seperti e:N1, dan dilengkapi dengan dengan skrin sesentuh menegak yang besar di tengah serta panel instrumen digital lebar di hadapan pemandu. Skrin instrumen ini diletakkan lebih tinggi berbanding skrin pada e:N1 supaya lebih mudah dilihat oleh pemandu.

Honda Ye diperkenal – barisan EV untuk China terdiri daripada P7, S7, GT Concept, lancar tahun ini

Perincian lain yang diberitahu akan dipasang pada dua model ini adalah termasuk sistem kawalan suara berasaskan AI, serta panel papan pemuka dan pintu berlampu yang boleh menyala mengikut pengaktifan fungsi tertentu. Ciri mekanikal masih belum didedah, tetapi P7 dan S7 akan datang dengan pacuan roda belakang dan juga semua roda.

Sementara itu, GT Concept pula memberi petunjuk kepada sedan baru yang akan dijual hujung tahun 2025. Model empat pintu berbumbung rendah ini menampilkan rekaan lebih sporty, dengan grafik lampu X dan H sama seperti S7 dan terdapat bukaan udara di bahagian fender.

Honda mengambil pendekatan yang lebih berani untuk bahagian dalamnya, dengan banyak bahagian berwarna merah, bentuk stereng unik serta sekurang-kurang enam skrin termasuk yang berada di tengah papan pemuka dan konsol tengah. Butang R yang terdapat di bahagian stereng memberi gambaran seakan ia akan hadir dengan versi Type R.

Menurut Honda, mereka mempunyai perancangan untuk memperkenalkan enam model Ye menjelang tahun 2027, dan apabila digabungkan dengan e:NP1 dan e:NS1 (e:N1 versi China), keseluruhannya akan menjadi 10 model EV di China. Model selebihnya selain yang sudah disebutkan tadi masih belum diketahui.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

Certified Pre-Owned - 1 Year Warranty

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Durrani Sharom

Mempunyai latar belakang yang pelbagai termasuk sebagai pengurus tapak, pemandu van/lori dan pelbagai lagi, Durrani akhirnya masuk ke dalam bidang penulisan automotif lapan tahun lalu. Apa sahaja yang beroda dan berenjin membuatkan beliau teruja dan beliau percaya ‘mesin pengangkutan' ini sepatutnya adalah sesuatu yang mampu memberikan pengalaman menyeronokkan kepada penggunanya.

 
 

Add a comment

required

required