Proton dan juga Hot Wheels Malaysia sudahpun membuat hantaran di laman Facebook rasmi masing-masing bagi mengumumkan bahawa model edisi terhad untuk Hot Wheels Proton Saga bakal dijual dalam pasaran tidak lama lagi.
Model berkenaan masih menampilkan Proton Saga skala 1/64 seperti versi mainline Hot Wheels yang sudahpun mula dijual bermula Oktober tahun lalu, namun untuk versi edisi terhad ini ia akan menggunakan pakej kad blister istimewa rekaan kanak-kanak perempuan berumur sembilan tahun, Saw Jane Harn dari Pulau Pinang telah menjadi pemenang pertama pertandingan Hot Wheels x Proton Kids Design Competition tahun lalu.
Hern menghasilkan rekaan berkenaan dengan hanya lukisan tangan menampilkan unsur-unsur Malaysia seperti Menara Berkembar Petronas, Bunga Raya, Harimau Malaya dan Burung Kenyalang pada kad blister tersebut. Hasil karya Hern dan peserta-peserta yang menyertai pertandingan ini turut dinilai oleh Azlan Othman, ketua pereka Proton yang dilantik sebagai salah seorang juri.
Hot Wheels Proton Saga edisi terhad ini hanya akan dijual di pasaran Malaysia dan tidak akan dieksport ke pasaran lain. Menurut Proton dan Hot Wheels dalam hantaran yang di buat, ia bakal “boleh dibeli di outlet rasmi berhampiran anda” tidak lama lagi.


Proton Saga
dari RM38,990
Proton X90
dari RM106,800
Proton S70
dari RM73,800
Proton eMas 7 PHEV
dari RM109,800
Proton X70
dari RM106,800
Proton eMas 5
dari RM59,800
Proton X50
dari RM89,800
Proton eMas 7
dari RM103,800