Chery Malaysia kini sedang mengadakan promosi ?Great Year-End Lucky Draw?, yang menawarkan hadiah bernillai lebih RM150,000 berserta hadiah utama sebuah Omoda 5 baru untuk pembeli yang mendaftarkan kenderaan baru mereka dalam bulan ini. Hadiah lain yang disediakan adalah seperti kelengkapan elektrik rumah, konsol permainan video serta baucar beli-belah.
“Ramai yang menunggu bulan Disember untuk beli-belah dan meluangkan masa cuti bersama kawan dan keluarga. Di Chery, kami mahu menambah keterujaan kepada percutian hujung tahun mereka dengan memperkenalkan cabutan bertuah ini,” kata timbalan presiden Chery Auto Malaysia, Michael Chew.
Selain daripada itu, anda juga boleh mendapat penjimatan sehingga RM15,000 untuk Tiggo 8 Pro, RM13,000 untuk Omoda 5, RM11,000 untuk Omoda E5 EV dan RM4,000 untuk Tiggo 7 Pro.
Khas untuk EV Omoda E5, ia didatangkan dengan pakej jaminan yang termasuk tujuh tahun/150,000 untuk kenderaan, lapan tahun/160,000 km untuk bateri dan lapan tahun/160,000 km untuk penggeraknya (termasuk motor, unit pengawal motor, sistem pengurusan bateri dan unit kawalan kenderaan).
Bukan setakat itu, jika tahap bateri menurun menjadi bawah 70% sewaktu dalam tempoh jaminan, Chery Malaysia akan menukar kereta tersebut dengan kereta baru. Tiggo 7 Pro, Tiggo 8 Pro dan Omoda 5 enjin biasa pula datang dengan jaminan tujuh tahun/150,000 km serta upah servis percuma lima tahun.
Dekat kenderaan Chery yang dsebut tadi di semua wakil pengedarnya di seluruh Malaysia, atau kunjungi pameran yang dibuat dari 4 ke 15 Disember ini di 1 Utama.
GALERI: Pusat pameran Chery
GALERI: Chery Omoda 5
GALERI: Chery Omoda E5
GALERI: Chery Tiggo 7 Pro
GALERI: Chery Tiggo 8 Pro

























































































































