Baru tiga tahun dijual di pasaran Eropah, nampaknya Honda Civic Type R FL5 bakal dihentikan jualannya di benua berkenaan. Dan sebabnya adalah sama dengan banyak lagi model-model prestasi sebelum ini iaitu tidak lagi menepati piawaian undang-undang emisi di sana.
Untuk Type R FL5 ini, jualannya tidak akan diteruskan selepas 2025 kerana enjin yang dibekalkan tidak lulus piawaian Euro 6e-bis yang akan dikuatkuasakan bermula awal 2026. Oleh itu Honda telah pun melancarkan model edisi terhad Civic Type R Ultimate Edition khas untuk pasaran Eropah, yang dihasilkan hanya 40-unit sebagai simbolik ucapan selamat tinggal FL5 di pasaran itu.
Model ini hanya ditawarkan dalam warna badan ikonik Type R iaitu Championship White, bersama grafik badan merah pada bonet hadapan dan pada sisi badan. Ia juga menerima bumbung dalam kemasan hitam, emblem Ultimate Edition pada but belakang, serta kemasan-kemasan karbon pada perapi bendul pintu dan juga pada sayap spoiler belakang.
Ia juga menerima lampu yang memancarkan logo Type R ketika pintu hadapan di buka, manakala dalam kabin ia diberikan konsol tengah gentian karbon serta lampu-lampu serlahan pada bahagian seperti perapi pintu, pemegang cawan, konsol tengah, ruang kaku dan juga di bawah tempat duduk.
Selain itu model ini juga datang dengan kotak hadiah yang mengandungi emblem dengan nombor siri unik, gelang kunci karbon, penutup kereta dan juga karpet kaki buatan khas.
Namun tiada talaan prestasi tambahan diberikan pada Honda Civic Type R Ultimate Edition ini. Ia kekal menerima enjin 2.0 liter empat-silinder VTEC Turbo berkuasa 329 PS dan tork maksima 420 Nm bersama kotak gear enam-kelajuan manual lengkap dengan LSD.



Honda Civic Type R
dari RM399,900
Honda Prelude
dari RM278,000
Honda HR-V
dari RM115,900
Honda e:N1
dari RM149,900
Honda Civic
dari RM133,900
Honda City Hatchback
dari RM85,900
Honda CR-V
dari RM178,200
Honda City
dari RM84,900
Honda WR-V
dari RM89,900