Toyota Motor Corporation bakal membina kilang pemasangan baharu di Malaysia, menurut laporan Nikkei. Walau pun tidak mengatakan sumber daripada mana, media tersebut telah mendedahkan sedikit perancangan mengenai perkara ini menerusi edisi Asian Review.
Kilang pemasangan baharu ini akan dibangunkan oleh UMW Toyota Motor, dengan kerjasama antara UMW Holdings dan Toyota Tsusho, dijangka pada tahun 2018. Dengan perlaburan sebanyak 30 bilion yen (RM110.5 juta) fasiliti ini dijangka mampu menampung kapasiti pengeluaran tahunan sebanyak 50,000 kenderaan setahun.
Pengeluar kenderaan ini memulakan produksi di Malaysia sejak tahun 1968 dan kini telah menghasilkan sejumlah 80,000 kenderaan setahun bagi domestik menerusi kilang Servis Pemasangan (ASSB) di Shah Alam, termasuklah model Hilux, Vios dan Camry. Laporan tersebut turut menyebut fasiliti baharu ini akan memproduksikan kereta kecil dan kapasiti tahunan dijangka meningkat sehingga 100,000 kenderaan sekiranya terdapat permintaan yang menggalakkan.
Kami telah menghubungi wakil UMW Toyota untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenainya, tetapi buat masa ini mereka enggan mendedahkannya dan berkata ia akan diumumkan secara rasmi tidak lama lagi. Nantikan perkembangan selanjutnya.


Toyota Yaris Cross
dari RM99,900
Toyota Hilux
dari RM226,300
Toyota Urban Cruiser
dari RM198,000
Toyota bZ4X
dari RM220,000
Toyota GR Yaris
dari RM315,600
Toyota GR Corolla
dari RM368,950
Toyota Camry
dari RM221,800
Toyota Corolla Cross
dari RM133,800
Toyota Hiace
dari RM169,000