Honda sebelum ini telah menampilkan model Honda Insight Prototype, yang dijangka akan ditawarkan sebagai Honda Insight 2019.
Bakal memasuki pasaran AS tahun ini, nama Insight yang sebelum ini digunakan bagi model hatchback lima-pintu ala Prius kini ditampilkan pula sebagai sebuah model sedan premium kompak yang diposisikan di atas Civic. Tiada versi hibrid bagi model Civic ketika ini, jadi peranan itu akan digalas oleh Insight.
Insight turun menggunakan wajah depan yang seiras dengan model-model terkini jenama itu; gril dengan palang krom lebar dan bentuk U melengkapi imej itu. Jika bahagian depannya nampak seperti kenderaan Honda moden, bahagian belakang pula adalah sebaliknya – pendekatan berbeza berbanding yang ada sebelum ini; lebih menarik dengan perincian LED padanya.
Dengan kedua-dua Accord dan Insight menggunakan wajah depan begini, nampak gayanya ia akan diteruskan untuk model-model lain selepas ini sebagai satu imej baru bagi kenderaan Honda. Bagaimana pula sedan paling kecil Honda jika ditampilkan dengan imej sama? Tak perlu susah-susah nak bayangkan kerana Theophilus Chin telah hasilkan imej render Honda City dengan bahagian depan dan belakang yang diinspirasikan oleh Insight.
Honda City yang anda lihat ini menggunakan “sayap” krom pada wajah depannya seperti yang ada pada model Insight – dengan jalurnya yang lebih nipis dan tidak terlalu menonjol. Bahagian belakang kenderaan segmen B ini pula nampak agak tinggi dan tidak begitu lebar, walaupun memang jelas lebih kemas dan menarik.
Apa pandangan anda tentang rekaan yang dihasilkan ini? Suka veri yang dibayangkan ini atau lebih selesa dengan rekaan Honda City sedia ada?



Honda City
dari RM84,900
Honda Prelude
dari RM278,000
Honda HR-V
dari RM115,900
Honda e:N1
dari RM149,900
Honda Civic
dari RM133,900
Honda City Hatchback
dari RM85,900
Honda CR-V
dari RM178,200
Honda Civic Type R
dari RM399,900
Honda WR-V
dari RM89,900