Hari ini Perodua telah mengeluarkan satu kenyataan bahawa mereka akan mendedahkan sebuah model edisi terhad untuk sedannya iaitu Bezza yang akan dihasilkan hanya 50-unit, ketika berlangsungnya acara Malaysia Autoshow 2019 bermula 11 hingga 14 April di MAEPS, Serdang.
Bukan itu sahaja, syarikat berkenaan turut menyatakan bahawa mereka yang berminat boleh terus menempah model tersebut di booth Perodua ketika acara berkenaan berlangsung.
Namun, Perodua masih belum mendedahkan sebarang perincian teknikal mahupun gambar model edisi terhad ini. Tetapi kami jangkakan ia mungkin akan diasaskan dari varian-varian Bezza sedia ada.
Perodua Bezza dipasarkan dengan dua pilihan enjin buat masa sekarang. Versi 1.0 liter menggunakan enjin 1KR-VE tiga silinder berkuasa 68 PS/91 Nm, manakala model 1.3 liter pula dijana enjin 1NR-VE berkuasa 95 PS/121 Nm. Kedua-dua enjin ditawarkan dengan kotak gear lima kelajuan manual dan empat kelajuan automatik, bergantung pada varian.


Perodua Bezza
dari RM34,580
Perodua Traz
dari RM76,100
Perodua QV-E
dari RM80,000
Perodua Axia
dari RM38,600
Perodua Alza
dari RM62,500
Perodua Myvi
dari RM46,500
Perodua Ativa
dari RM62,500
Perodua Aruz
dari RM72,900