Tiada diskaun saman JPJ di bawah pentadbiran Loke – saman untuk mendidik; tak adil bagi yang bayar awal

Mesti ramai yang mengharapkan JPJ juga akan memberikan diskuan saman menerusi penganjuran “Setahun Dengan kerajaan Madani” hujung minggu lalu, namun pastinya hampa. Ini kerana Menteri Pengangkutan Anthony Loke masih mengekalkan pendirian untuk tidak memberikan diskaun saman.

Loke berkata, JPJ yang berada di bawah seliaan kementeriannya, tidak mengamalkan polisi dalam pemberian diskaun saman sejak tahun. 2018, ketika beliau menerajui kementerian bermula tahun 2018 hingga 2020. Ahli Parlimen Seremban itu berkata, saman adalah bertujuan untuk mendidik, dan memberikan diskaun juga adalah tidak adil bagi mereka yang membayarnya lebih awal.

?Kami mengamalkan dasar ini sejak 2018 semasa saya menjadi Menteri Pengangkutan. Kemudian, saya juga membatalkan lebih RM4 juta saman kamera AES , dan ia mendapat sambutan yang baik. Kami ingin menghantar mesej kepada orang ramai bahawa saman adalah untuk mendidik. Jika kita beri diskaun, ia tidak adil kepada mereka yang membayarnya dalam tempoh yang ditetapkan,? katanya pada majlis tersebut di Bukit Jalil, lapor Bernama.

Loke menambah JPJ sebagai agensi yang bertanggungjawab untuk keselamatan jalan raya, tidak akan berkompromi dalam isu ini, dan kabinet serta Ketua Setiausaha Serajaan Tan Sri Mohd Zuki Ali telah dimaklumkan mengenai perkara tersebut.

?Semalam, saya dapati orang ramai datang ke kaunter JPJ (pada majlis itu) untuk mendapatkan diskaun saman dan mereka kecewa, dan saya memohon maaf atas salah faham mengenai isu itu,? kata Loke. Pasti ada yang beranggapan JPJ akan memberikan diskaun pada majlis itu, sama seperti PDRM dengan tawaran 50%. Walau bagaimana pun, untuk pengetahuan anda, PDRM berada di bawah Kementerian Dalam Negeri (KDN).