Kad Touch n Go Titan Edition mula dijual — kad Enhanced NFC warna emas dan hitam, harga RM25

Touch n Go kini memperkenalkan pula kad Touch n Go Enhanced NFC khas LUXE Card ? Titan Edition yang menampilkan skim warna elegan yang menggabungkan warna emas dan hitam.

Kad Touch n Go LUXE Card ? Titan Edition ini dijual pada harga RM25, RM15 lebih mahal berbanding kad NFC biasa yang dijual pada harga RM10.

Jika berminat untuk mendapatkannya, anda boleh berbuat demikian melalui pautan ini:

Touch n Go LUXE Card di Shopee
Touch n Go LUXE Card di Lazada

Dengan adanya edisi khas Titan ini, adakah akan ada edisi-edisi lain pula yang akan diperkenalkan nanti? Dan, adakah anda rasa berbaloi untuk miliki kad Touch n Go seumpama ini?