
Proton telah mengumumkan rekod jualan untuk Mac 2024 mencecah 12,666 unit bagi pasaran domestik dan eksport, menunjukkan peningkatan sebanyak 6.88% (atau 936 unit) berbanding 13,602 unit pada Februari. Manakala jualan bagi suku pertama 2024 pula berjumlah 39,150 unit dengan pasaran eksport 63% lebih tinggi daripada tahun lepas. Pegangan pasaran untuk Proton pula dianggarkan pada 19.3%, kedua tertinggi di antara semua jenama automotif.
Memang tidak mengejutkan apabila model Saga terus menjadi ‘raja’ bagi jenama ini, dengan 5,906 unit telah terjual pada Mac, termasuk 93 unit untuk pasaran eksport. Syarikat itu berkata bahawa 18,247 unit yang dijual pada suku pertama (Q1) memberikan model prestasi Q1 paling utuh dalam tempoh 12 tahun.
Sedan S70 pula telah membuka segmen pasaran baharu bagi Proton dengan 2,072 unit dijual pada bulan Mac (35 unit eksport) menjadikan jumlah jualan bagi suku pertama 5,828 unit. Walaupun jumlah pengeluaran masih mengejar permintaan, peneraju kelas sedan segmen C kini menjadi model kedua terlaris dalam rangkaian Proton.

Proton juga kekal sebagai salah sebuah jenama utama dalam pasaran SUV dengan tiga modelnya. Model X50 mencapai 1,626 unit, manakala X70 mengalami peningkatan sebanyak 35.5% berbanding bulan sebelumnya dengan 603 unit dijual. NEV pertama syarikat, X90, mengekalkan kedudukan kukuhnya di pasaran SUV segmen-D dengan 326 unit di hantarkan kepada pelanggan pada bulan Mac.
Manakala jualan Persona sebanyak 1,665 unit pula menjadikan jumlah jualan suku pertama meningkat kepada 5,370 unit dan meletakkannya sebagai sedan segmen B kedua paling popular di negara ini manakala Iriz mencapai 468 unit pada bulan Mac dan 1,534 unit untuk suku tersebut dan dapat mengekalkan kedudukan keempat dalam segmen pasarannya.
?Suku pertama tahun 2024 berakhir secara positif untuk Proton. Tanpa faktor luaran yang menggalakkan
pertumbuhan jualan tahun ini, angka yang dicapai menawarkan bacaan permintaan pasaran yang lebih tepat.
Industri automotif di Malaysia terus rancak dan ini terbukti dengan pertumbuhan keseluruhan dalam TIV.
“Kami yakin dapat memenuhi sasaran pertumbuhan sambil berusaha ke arah komitmen yang lain seperti pembangunan dan pengenalan model EV berjenama sendiri pada masa hadapan,? kata Roslan Abdullah, Ketua Pegawai Eksekutif, Proton Edar.
