
Acara Auto Car Expo (ACE) 2024 anjuran paultan.org dengan tajaan bersama Carro akan berlangsung pada 26-27 Oktober ini di Pusat Persidangan Setia City (SCCC). Akan ada banyak tawaran menarik daripada pelbagai jenama menanti pelanggan. Dan, masuk adalah percuma.
Satu daripada jenama yang ikut serta ialah MG, yang akan menawarkan promosi bagi MG4 Lux sempena ulang tahun ke-100 jenama itu, dengan penjimatan sehingga RM10,888 sepanjang ACE 2024 berlangsung. Selain itu, akan ada juga penjimatan sehingga RM5,888 untuk MG ZS EV, MG4 Standard dan MG4 XPower, yang akan memudahkan lagi mereka yang ingin beralih kepada EV.
Di Malaysia, kenderaan MG diberikan jaminan tujuh-tahun atau 150,000 km, serta jaminan lapan-tahun atau 180,000 km untuk bateri EV-nya. Kenderaan MG juga dilindungi dengan program penukaran bateri 1-kepada-1 sekiranya keadaan kesihatan bateri berada di bawah 70% sepanjang tempoh jaminan itu.

Jenama yang akan berada di ACE 2024 termasuklah Toyota, Proton, Perodua, Volkswagen, BYD, Mitsubishi, Ford serta smart dan eMas yang diuruskan oleh Pro-Net.
Semua jenama tersebut juga akan turut disertai juga oleh BMW/MINI (menerusi Auto Bavaria), Mercedes-Benz (menerusi Hap Seng Star) dan Volvo (menerusi Sime Darby Swedish Auto), serta beberapa jenama lagi di bawah kendalian EON yang turut akan mewakili jenama smart dan Audi, serta Cycle & Carriage dengan jenama Peugeot dan Leapmotor. Untuk motosikal, akan ada jenama BMW Motorrad, serta tidak lupa Trapo yang pelbagai produk melalui Exosystem-nya.
Seperti PACE, pengunjung ke ACE 2024 turut berpeluang memandu uji barisan kenderaan dari pelbagai jenama yang menyertai acara tersebut. Dan, tidak hanya kenderaan baru yang akan dipamerkan: kenderaan terpakai juga akan dibawa ? dengan pelbagai tawaran menarik untuk dinikmati oleh pelanggan, yang tidak ditawarkan di tempat lain.

Ini menjadikan ACE 2024 sebuah acara yang perlu anda kunjungi, kerana akan ada promosi awal sempena hujung tahun yang akan diberikan oleh jenama yang terlibat. Tidak ketinggalan, akan ada juga tawaran berasingan daripada kami di paultan.org.
200 pelanggan terawal yang membuat tempahan mana-mana kereta baru akan menerima baucar gabungan bernilai RM2,500, yang terdiri daripada RM500 baucar filem penapis haba/coating V-Kool, RM500 baucar Dodomat, RM500 baucar penapis udara Blueair, RM500 baucar untuk balutan kulit kustom DK Schweizer serta RM500 baucar dari Kuzig Glanz untuk filem pelindung cat badan kenderaan.
Akan ada banyak lagi promosi yang akan diumumkan sempena ACE 2024. Jadi terus perhatikan ruangan ini untuk maklumat lanjut. Tandakan kalender ? 26-27 Oktober 2024 ? dan jumpa nanti di SCCC. Masuk adalah percuma!
