
Menteri Kerja Raya (KKR), Datuk Seri Alexannder Nanta Linggi memaklumkan bahawa bersempena dengan sambutan perayaan Aidilfitri yang bakal tiba, tarikh bagi penetapan larangan penutupan lorong untuk kerja-kerja penyelenggaraan di semua lebuhraya akan bermula pada 24 Mac sehingga 7 April 2025.
“Keputusan penetapan tarikh ini adalah selaras dengan tarikh penguatkuasaan operasi oleh semua agensi-agensi penguatkuasaan seperti pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ) dan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (BOMBA).
“Walau bagaimana pun, larangan penutupan lorong ini dikecualikan bagi kerja-kerja yang melibatkan kes dan kerja kecemasan sahaja,” katanya.
Selain itu, beliau turut memaklumkan kerajaan akan mengumumkan pemberian diskaun tol 50% dalam masa terdekat ini sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri. Tambahnya, kaedah yang sama melibatkan potongan separuh daripada kadar tol biasa akan dilaksanakan sama seperti Tahun Baharu Cina (CNY) lepas.
