Perodua Myvi dalam saduran rekaan generasi pertama dan Volkswagen ID.Every1 oleh Theophilus Chin

Perodua Myvi kini berusia 20 tahun pada 2025. Kali terakhir model paling popular generasi ketiga dalam segmen B ini menerima facelift adalah pada penghujung 2021, sebagai model tahun 2022.

Sebagai penghormatan kepada ikon rakyat Malaysia itu, pereka Theophilus Chin telah menghasilkan satu penawaran rekaan baru bagi model generasi pertama yang sudah sangat dikenali itu. Bagaimanapun, ini bukanlah bayanganya terhadap Myvi generasi baru yang akan datang.

Dapat dilihat persamaan rekaan penghormatan Myvi ini dengan model semasa, terutama lampu DRL LED menegak. Wajah depannya juga boleh dilihat meminjam rekaan daripada model konsep Volkswagen ID.Every1.

Perodua Myvi dalam saduran rekaan generasi pertama dan Volkswagen ID.Every1 oleh Theophilus Chin

Dari sisi juga mengambil ilham yang sama dari Volkswagen ID.Every1, dan disepadankan dengan Myvi, terutama untuk bahagian rim yang digunakan ? bumbung dan tiang Myvi ini bagaimanapun tidak menggunakan warna hitam, sebaliknya sekata dengan warna badan. Pemegang pintu juga menggunakan rekaan lebih konvensional, manakala tiang C lebih menyerupai rekaan dari Myvi asal.

Bahagian belakang juga diberik rekaan yang datangnya dari Myvi generasi pertama, terutama bagi rekaan lampu belakangnya, yang oleh Theo telah ditukarkan dengan lampu dan pintu ID.Every1 termasuk bampar belakangnya.

Ini rekaan untuk mengingati Myvi dalam keberadaannya yang lalu, dan diberi sedikit nafas baru dan bukannya merupakan sebuah rekaan yang jauh ke depan. Untuk tujuan itu, Theo sebelum ini pernah hasilkan rekaan lain. Nampak ok Myvi dengan sentuhan rekaan Jerman ini?