Harga bahan api Jun 2016: tiada perubahan; RON 95 RM1.70, RON 97 RM2.05 dan diesel RM1.55

Ron95_diesel_up_3

Seperti bulan Mei lalu, tiada perubahan harga bagi bahan api untuk Jun 2016 ini. Ia masih kekal seperti mana harga yang sama juga pada bulan April dan Mei 2016 iaitu RM1.70 seliter untuk RON 95, RM2.05 seliter bagi RON 97, diesel pula RM1.55 seliter dan RM1.65 seliter untuk diesel Euro 5.

Manakala RON 100 Petron Blaze masih RM2.60 seliter seperti bulan-bulan sebelum ini.

Shell V-Power Racing pula pada harga RM2.55 per liter (tidak berubah), iaitu lebih RM0.50 berbanding RON 97.

Dalam tiga bulan sejak kebelakangan ini, kali terakhir harga bahan api mengalami kenaikan ialah pada April lalu. Di mana harga bagi bahan api untuk RON 95, RON 97 dan diesel mengalami kenaikan berbanding Mac 2016. Ia melibatkan kenaikan sebanyak 10 sen bagi RON 95 dan RON 97. Diesel dan diesel Euro 5 juga mengalami kenaikan harga sebanyak 20 sen seliter.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Izwaashura Sadali

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

 
 

Add a comment

required

required