KBS sudah luluskan peruntukan untuk Super KIP

2016-Moto3-Khairul-Idham-Pawi-12-850x567

Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin telah mengesahkan kementeriannya telah pun meluluskan peruntukkan permulaan sebanyak RM100,000 bagi membantu karier pelumba Moto3 negara Khairul Idham Pawi, lapor Bernama.

Menurut beliau, peruntukan yang telahpun diluluskan bulan lalu bagaimanapun tidak dapat diserahkan kepada Khairul Idham selepas pelumba berusia 17 tahun itu gagal memberikan nombor akaun miliknya serta beberapa dokumen yang diperlukan.

“Saya mempunyai salinan surat daripada Jabatan Belia dan Sukan Negara bertarikh 24 Jun 2016 yang dihantar kepada Khairul Idham berkenaan kelulusan peruntukan RM100,000 seperti yang dijanjikan sebelum ini.

“Dalam surat itu kita meminta beberapa maklumat peribadi termasuk akaun bank atas nama Khairul Idham tetapi diberikan akaun bank atas nama bapanya, Pawi Omar dan dokumen yang diserahkan juga tidak lengkap seperti diminta,” katanya Khairy.

Sebelum ini, Pawi Omar bapa kepada Super KIP dilaporkan mengeluh kerana tiada pihak membantu pembangunan karier ‘Raja Hujan’ Moto3 berkenaan.

Khairy-Jamaluddin

Menurut laporan akhbar, Pawi mendakwa sehingga kini, mereka terpaksa mengeluarkan wang sendiri bagi melancarkan karier anaknya termasuk membiayai pegawai pengiring.

Khairy berkata kementeriannya tidak boleh menyerahkan peruntukan tersebut begitu sahaja kerana selain memerlukan dokumen yang lengkap wang tersebut diluluskan atas nama Khairul Idham, bukan bapanya.

Khairy juga menambah beliau telah mengarahkan Ketua Setiausaha Kementerian Belia dan Sukan untuk meluluskan RM100,000 lagi kepada pelumba pasukan Honda Team Asia itu sebagai tambahan kepada peruntukan yang diluluskan sebelum ini serta meminta semua pihak agar menyampaikan maklumat yang benar.

Mengenai tujuan peruntukan, katanya ia diluluskan atas nama pembangunan karier Khairul Idham dan terpulang kepadanya bagaimana untuk menggunakan wang tersebut sama ada untuk latihan, peralatan atau membayar pegawai pengiring seperti yang diminta.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Mohd Farid Awaludin

Farid mula menggilai kereta dengan menghafal logo dan jenama kereta ketika berumur 4 tahun, dan selanjutnya belajar membaiki kereta di institut kemahiran awam tempatan. Selalu membayangkan diri menjadi kerdil masuk ke dalam sistem mekanikal untuk diagnosis masalah dan memahamkan diri sendiri berkenaan teknologi baru. Dek selalu berangan mahu jadi seperti Tiff Needell, akhirnya diberi peluang untuk menyertai dunia media permotoran pada tahun 2012.

 
 

Add a comment

required

required