Pembinaan jejambat di simpang empat Dengkil bernilai RM100j diluluskan kerajaan, bakal siap 2019

Jam_03

Masalah kesesakan trafik di simpang empat di Dengkil terutamanya pada waktu puncak dijangka dapat dikurangkan apabila kerajaan telah meluluskan pembinaan jejambat di kawasan tersebut. Jejambat dengan anggaran kos hampir RM100 juta itu akan dibina di simpang empat Kampung Semarang, Dengkil, dijangka siap sepenuhnya pada 2019.

Persimpangan yang menghubungkan Cyberjaya dan Putrajaya ke Bandar Baharu Salak Tinggi turut dijadikan laluan alternatif untuk ke KLIA dan Nilai, laporan Harian Metro.

Menurut Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Dengkil, Shahrum Mohd Sharif, kesesakan lalu lintas di simpang berkenaan berlaku sejak sekian lama terutama apabila penambahan kawasan perumahan penduduk di sekitar sini termasuk Putrajaya dan Cyberjaya selain faktor limpahan ekonomi.

“Sekitar September ini, tinjauan tanah di kawasan berkenaan akan dilakukan manakala, kerja fizikal dijangka bermula pada April tahun depan,” katanya kepada pihak media.

Beliau berkata, jejambat yang bakal dibina membabitkan empat lorong dengan jarak hingga dua kilometer dan turut disertakan susur keluar ke Pekan Dengkil dan Kampung Jenderam memandangkan ia menjadi laluan utama penduduk di situ.

Pembinaan jejambat tersebut juga dilihat sangat penting bagi mengelakkan risiko kemalangan membabitkan pengguna jalan raya terutamanya penduduk berhampiran yang sering berulang-alik menggunakan persimpangan itu.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Izwaashura Sadali

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

 

Comments

  • Jejambat “GAJAH PUTIH” di simpang menghala BBST dan KLIA dari arah simpang 4 dengkil ke KLIA dah BERTAHUN SIAP tak digunakan BUAT APA?

    Sepatutnya jejambat GAJAH PUTIH tu buat di simpang 4 Dengkil dulu .. sebab kat situ memang dari dulu dah ada jalan … ini tidak yang belum ada jalan dan masaalah kelulusan yg tak pasti PI BUAT DULU … apa punya perancangan la JKR ni

    Like or Dislike: Thumb up 1 Thumb down 0
 

Add a comment

required

required