Pada September lalu, kami telah memaparkan spyshot pertama Toyota Camry 2018 generasi akan datang, namun model di dalam foto tersebut masih dibaluti penyamaran plastik hitam, yang masih membuatkan imejnya kelihatan masih samar-samar. Namun spyshot terbaru ini kelihatan lebih jelas, biar pun masih dibaluti penyamaran.
Kelihatan Camry 2018 ini menampilkan rekaan yang lebih agresif, di mana Toyota seperti cuba mengolah gayanya menjadi lebih berketerampilan. Malahan bahagian hadapannya juga kelihatan menyamai versi jentera lumba NASCAR yang baru-baru ini dipamerkan.
Ternyata Camry baharu ini kelihatan banyak menjadikan imej Lexus sebagai inspirasinya, termasuklah gril yang lebih tebal, lampu utama yang lebih nipis tetapi lebar, serta corong bawah “spindle”. Malahan ia turut disambung dengan lampu utama yang lebih langsing dan corong udara luar yang lebih bersudut. Bukan itu sahaja, garisan sisinya juga kelihatan melunjur ke atas, sementara cermin pintunya juga turut kelihatan menyerlah.
Pada bahagian belakangnya, cermin belakang kelihatan melayan turun ke bahagian bootlid, dengan kombinasi lampu belakang, memberikan gambaran seperti Mark X. Ia turut dipadankan dengan roda yang besar, corong udara belakang tiruan dan corong ekzos yang lebih sporty.
Bagi bahagian dalamnya, ia kelihatan lebih sporty berbanding model semasa. Malah konsol tengahnya juga kelihatan lebih terarah pada bahagian pemandu, dengan susunan instrumen lebih kurang sama seperti Altezza. Malah, tidak dinafikan model bagi pasaran USA ini lari daripada imej konservatif yang kita dapat.
Di bawah hudnya, Camry baharu ini yang menggunakan platform modular Toyota New Global Architecture (TNGA) yang diperkenalkan terlebih dahulu pada Prius dengan padanan panel kerangka alumnium untuk pengurangan beratnya. Malahan, Toyota juga dijangka menyingkirkan enjin berkapasiti besar iaitu 3.5 liter naturally-aspirated V6 dan menggantikannya penjana kuasa 2.0 liter pengecas turbo empat-silinder seperti yang telah diaplikasikan pada Toyota Crown dan beberapa model Lexus lain.




Toyota Camry
dari RM221,800
Toyota Yaris Cross
dari RM99,900
Toyota Hilux
dari RM226,300
Toyota Urban Cruiser
dari RM198,000
Toyota bZ4X
dari RM220,000
Toyota GR Yaris
dari RM315,600
Toyota GR Corolla
dari RM368,950
Toyota Corolla Cross
dari RM133,800
Toyota Hiace
dari RM169,000