Nissan bakal uji teknologi autonomous di London

Nissan bakal uji teknologi autonomous di London

Nissan telah mengumumkan syarikat itu akan membawa kereta pemanduan automatik (autonomous car) ke UK bulan depan bagi tujuan demonstrasi sebenar di atas jalan raya di sana. Teknologi generasi baru itu akan dipasangkan pada Nissan Leaf EV, yang akan menelusuri jalan di London bagi tujuan ini.

Penumpang, termasuk pegawai kerajaan serta pakar teknikal dan keselamatan, akan diberi peluang untuk mengalami sendiri kemampuan teknologi berkenaan dalam persekitaran sebenar. Ini akan menjadi demonstrasi pertama pemanduan autonomous pada kenderaan Nissan di Eropah, mewakili perkembangan lanjut perancangan Intelligent Mobility syarikat itu.

Ini adalah sebagai langkah susulan selepas pengumuman berkaitan crossover Qashqai dan Leaf yang diperbaharui, yang akan dilengkapi dengan teknologi autonomous driving berkenaan. Pengumuman itu dibuat selepas lawatan ke Nissan Technical Centre Europe (NTCE) di Cranfield, Bedfordshire oleh Setiasusaha Negara, Perniagaan, Tenaga dan Strategi Industri UK, Greg Clark.

NTEC, yang bertindak sebagai hab R&D di Eropah oleh Nissan, membangunkan teknologi autonomous serta teknologi bahan api, tenaga dan kecekapan baru dengan kerjasama pusat teknikal Nissan di Jepun. Di buka pada 1991, NTEC kini mempunyai 1,200 orang pekerja. Projek semasa antaranya termasuk integrasi teknologi vehicle-to-grid, lanjutan teknologi bateri elektrik dan model Qashqai baru – yang akan khabarnya akan dilancarkan tahun ini.

Nissan Leaf Piloted Drive 1.0, sebuah prototaip kenderaan pandu sendiri, dilengkapi dengan lima sensor radar, 12 kamera, empat pengimbas laser baru dan sensor ultrasonik. Ia dikenali juga sebagai teknologi ProPilot Nissan.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

Certified Pre-Owned - 1 Year Warranty

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Hazril Hafiz

Berkecimpung di dalam media automotif tempatan sejak 10 tahun lalu, Hafiz mengimpikan sebuah Malaysia dengan jaringan sistem pengangkutan awam yang lebih cekap dan menyeluruh. Tugas terakhirnya sebelum menyertai laman web ini ialah sebagai editor sisipan automotif sebuah akhbar arus perdana.

 
 

Add a comment

required

required