Honda CR-V 2017 di Thailand – diesel, 7-tempat duduk

Honda CR-V 2017 di Thailand – diesel, 7-tempat duduk

Ketika pelancaran Civic Hatchback di Thailand, Honda mengambil kesempatan menyelitkan sedikit video pengenalan bagi CR-V serba baharu, yang dijangka bakal dilancarkan di negara berkenaan pada 29 Mac ini. Menerusi video berkenaan, beberapa elemen turut ditampilkan bagi SUV itu di pasaran Thailand.

Apa yang paling penting dan menarik ialah SUV ini didatangkan dengan tempat duduk barisan ketiga (di Amerika Syarikat hanya lima-tempat duduk sahaja), menjadikan ia sebagai CR-V tujuh-tempat duduk yang pertama. Malahan tuil gearnya juga telah digantikan dengan pemilih gear seperti NSX bersama butang untuk P, R, N dan D.

Honda turut memberikan enjin 1.6 liter i-DTEC turbodiesel baharu, dengan kuasa 160 hp pada 4,000 rpm dan tork 350 Nm pada 2,000 rpm. Ia dipadankan bersama transmisi automatik sembilan-kelajuan – kedua-dua penjana kuasa dan kotak gear ini juga diperkenalkan pada CR-V facelift versi Eropah.

Honda CR-V 2017 di Thailand – diesel, 7-tempat duduk

Selain diesel, di Thailand, CR-V baharu ini juga ditawarkan dengan enjin petrol yang sama seperti di US. Ini termasuklah enjin 2.4 liter naturally-aspirated dengan kuasa 184 hp pada 6,400 rpm dan tork 244 Nm pada 3,900 rpm, bersama enjin 1.5 liter VTEC Turbo dengan output 190 hp pada 5,600 rpm dan tork 243 Nm dari 2,000 hingga 5,000 rpm, sedikit tinggi berbanding yang dipadankan pada Civic.

Malah eleman dalaman dan luarannya juga telah banyak direka semula, bahkan memberikan CR-V lebih praktikal berbanding sebelum ini. Dengan jarak roda yang lebih panjang – 2,660 mm vs 2,620 mm – memberikan SUV ini ruang yang lebih luas. Antara elemen baharu yang ditampilkan termasuklan lampu utama dan lampu belakang LED, Active Grille Shutter, pilihan tailgate berkuasa dengan fungsi bebas tangan dan skrin sesentuh tujuh-inci baharu sebagai sistem infotainmen bersama sambungan Apple CarPlay dan Android Auto.

CR-V baharu ini juga menambah pilihan bagi bantuan pemanduan Honda Sensing termasuk Collision Mitigation Braking System, Forward Collision Warning (FCW), Lane Keeping Assist System (LKAS), Road Departure Mitigation, Lane Departure Warning (LDW) dan Adaptive Cruise Control (ACC). Walau bagaimana pun tidak dipastikan adakan semua elemen ini turut ditawarkan bagi pasaran ASEAN mahu pun tidak.

Seperti mana yang pernah diuar-uarkan sebelum ini, Malaysia turut bakal menerima kemasukan model CR-V baharu pada tahun ini. Pada pendapat anda, adakah wajar varian tujuh-tempat duduk diesel turut diperkenalkan di negara ini?

GALERI: Honda CR-V 2017

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

Certified Pre-Owned - 1 Year Warranty

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Izwaashura Sadali

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

 
 

Add a comment

required

required