Naza Kia rancang lakukan pemasangan tempatan untuk Grand Carnival – harga tidak banyak berubah

Naza Kia rancang lakukan pemasangan tempatan untuk Grand Carnival – harga tidak banyak berubah

Semalam, Naza Kia telah menganjurkan satu sesi pandu uji bagi model Grand Carnival generasi ketiga, iaitu sebuah MPV lapan tempat duduk yang diperkenalkan kepada pasaran Malaysia sekitar tiga minggu yang lalu. Semasa acara itu, selain memberitahu sekali lagi bahawa beberapa model baru akan dilancarkan termasuk varian tambahan untuk Sportage dan Sorento, Rio, Optima generasi keempat dan Stinger (belum pasti, tetapi sedang diusahakan), wakil syarikat itu juga ada memberitahu bahawa Naza Kia mempunyai perancangan untuk melakukan pemasangan tempatan (CKD) bagi Grand Carnival.

Walaubagaimanapun, harga model ini, yang bermula dari RM153,888 hingga RM185,888 dikatakan mungkin tidak banyak berubah kerana harga tersebut sudahpun menggunakan kira-kira untuk sebuah kereta CKD – walaupun sebenarnya diimport terus dari Korea.

Berkenaan spesifikasi, kebanyakannya masih akan kekal sama tetapi beberapa kelengkapan mungkin akan ditukar selepas menerima maklum balas orang ramai. Antaranya adalah skrin informasi dan hiburan pada Grand Carnival yang dikatakan agak kecil. Meskipun begitu, semua perkara ini masih dalam perbincangan dengan ibu pejabat Kia di Korea.

Naza Kia rancang lakukan pemasangan tempatan untuk Grand Carnival – harga tidak banyak berubah

Setakat untuk model import yang ditawarkan sekarang, sejak dilancarkan, 90 buah Grand Carnival sudah didaftarkan untuk pelanggan dan ini boleh dikatakan sebagai satu penerimaan yang agak baik. Naza Kia pada asalnya menjangkakan varian paling laris adalah varian pertengahan iaitu KX, tetapi sebaliknya, lebih ramai pelanggan yang memilih varian paling tinggi, iaitu EX yang dijual pada harga RM185,888.

Semua varian Grand Carnival dikuasakan oleh enjin empat silinder diesel 2.2 CRDi, yang mampu menghasilkan 190 hp pada 3,800 rpm dan 440 Nm pada 1,750 hingga 2,750 rpm. Model ini adalah model generasi ketiga, dan sebelum ini, bermula pada tahun 1999, Grand Carnival generasi pertama pernah dijual di Malaysia dan dikenali sebagai Naza Ria.

GALERI: Kia Grand Carnival 2.2 CRDI EX

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

Certified Pre-Owned - 1 Year Warranty

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Durrani Sharom

Mempunyai latar belakang yang pelbagai termasuk sebagai pengurus tapak, pemandu van/lori dan pelbagai lagi, Durrani akhirnya masuk ke dalam bidang penulisan automotif lapan tahun lalu. Apa sahaja yang beroda dan berenjin membuatkan beliau teruja dan beliau percaya ‘mesin pengangkutan' ini sepatutnya adalah sesuatu yang mampu memberikan pengalaman menyeronokkan kepada penggunanya.

 
 

Add a comment

required

required