Perodua Bezza menerima anugerah Kereta Tahunan Malaysia 2017 daripada Frost & Sullivan

Perodua Bezza menerima anugerah Kereta Tahunan Malaysia 2017 daripada Frost & Sullivan

Jika tahun lalu, Perodua Axia telah menerima anugerah “Kereta Tahunan Bagi Nilai Wang (1.3L dan ke bawah)” dan “Kereta Tahunan 2016” oleh Frost & Sullivan, malam tadi giliran Bezza pula diiktiraf sebagai “Kereta Tahunan Malaysia 2017” yang diumumkan dalam majlis penyampaian Anugerah Pencapaian Tahunan Frost & Sullivan Malaysia.

Bukan itu sahaja, Frost & Sullivan juga menganugerahkan Bezza sebagai “Kereta Penampilan Pertama Malaysia Frost & Sullivan 2017” dan Axia pula turut menerima anugerah “Kereta Tahunan Nilai Terbaik Bagi Wang Frost & SUllivan 2017” bagi kategori 1.3L dan ke bawah, pada majlis yang sama.

Penilaian bagi penerima Anugerah Kereta Tahunan Malaysia 2017 oleh syarikat peruncing ini dibuat berdasarkan jumlah jualan, dan perkongsian pasaran bagi segmennya dan impak secara keseluruhan di dalam jumlah keseluruhan industri (TIV).

“Kami sangat berbesar hati dengan pengiktirafan yang diberikan kepada Peroda Bezza dan Axia. Anugerah Kereta Tahunan Malaysia 2017 untuk Bezza ini sekaligus memberikan sokongan padu buat kami dalam penghasilkan model rekaan pertama syarikat kami bagi bentuk kenderaan sebegini,” ujar Presiden dan CEO Perodua Datuk (Dr) Aminar Rashid Salleh.

Perodua Bezza menerima anugerah Kereta Tahunan Malaysia 2017 daripada Frost & Sullivan

Bezza dilancarkan pada Julai tahun lalu dengan menawarkan dua pilihan enjin baharu; 1.0L VVT-i (dengan ciri VVT-i, dan tambahan 1 hp dan 1 Nm berbanding enjin Axia) dan 1.3L Dual VVT-i, yang lebih maju berbanding enjin 1.3L yang ada pada Myvi.

Bagi model 1.0L, Perodua Bezza dikuasakan oleh enjin 1KR-VE. Ia pada asasnya sama dengan enjin 1KR-DE pada Axia 1.0L, tetapi menerima pelbagai teknologi dan ciri terbaharu serta dibuat di kilang Perodua sendiri di Rawang. Berbanding enjin lama, enjin baharu ini menerima teknologi pemasaan injap bervariasi-pintar VVT-i (sebelum ini Perodua menggelarnya sebagai DVVT), nisbah mampatan yang lebih tinggi serta daya geseran dikurangkan.

Enjin 1.3L pula merupakan enjin baharu sepenuhnya, menggantikan enjin 1.3L K3-VE yang telah digunakan sejak keluaran pertama Myvi 11 tahun lalu. Enjin baharu yang diberi kod 1NR-VE ini merupakan enjin yang sama boleh digunakan pada Toyota Avanza facelift dan diasaskan pembinaannya berdasarkan enjin K3-VE.

Baru-baru ini, kami dikhabarkan bahawa Perodua bakal memperkenalkan Bezza facelift berdasarkan foto spyshot yang diterima dari pembaca. Walau bagaimana pun, pihak Perodua masih belum memberikan perkembangan selanjutnya.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

Certified Pre-Owned - 1 Year Warranty

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Izwaashura Sadali

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

 
 

Add a comment

required

required