Toyota sedia melabur besar di Thailand – fokus kepada pembangunan kereta kompak dan pusat pengeluaran

Toyota sedia melabur besar di Thailand – fokus kepada pembangunan kereta kompak dan pusat pengeluaran

Menurut laporan oleh Bangkok Post, Toyota Motor sedia untuk melabur secara besar di Thailand untuk menaik taraf pembangunan kenderaan kompak serta pusat pengeluarannya untuk pasaran eksport.

Langkah ini adalah sebahagian daripada rancangan kenderaan kompak pasaran membangun Toyota, yang akan dibangunkan bersama anak syarikat di bawahnya iaitu Daihatsu. Toyota sebelum ini pernah mengumumkan penubuhan satu lagi syarikat dalaman, yang sekadar dipanggil ‘Syarikat Kereta Kompak Pasaran Membangun.’

Syarikat ini akan membangunkan kenderaan kompak khusus untuk negara membangun, dengan mengambil manfaat daripada kepakaran Daihatsu untuk mengeluarkan produk yang berkualiti dan mampu milik, dan berterusan “tidak terikat pada amalan serta peraturan konvensional.”

Timbalan perdana menteri Thailand, Somkid Jatusripitak memberitahu bahawa Toyota akan menambah pelaburan mereka dalam pembangunan dan pengeluaran kenderaan kompak, selari dengan trak pikap dan kenderaan elektrik. Ini adalah untuk memperluaskan lagi skala ekonomi kenderaan elektrik (EV) dan bateri di masa hadapan, kata beliau sambil memetik pengarah urusan Toyota Motor, Shinya Kotera.

Toyota sedia melabur besar di Thailand – fokus kepada pembangunan kereta kompak dan pusat pengeluaran

Sebagai tambahan, Toyota juga akan membantu melatih sumber manusia terhadap teknologi automotif baru. “Keputusan ini besar kemungkinan akan diluluskan oleh lembaga pengarah Toyota semasa perjumpaan di bulan Mei,” kata Somkid.

Dalam soal yang sama, Toyota Motor Thailand sudah pun berbincang dengan ibu pejabat berkenaan polisi pelaburan dalam menghasilkan kenderaan hibrid dan alat ganti di Thailand. Timbalan pengerusi syarikat itu, Ninnart Chaitharapinyo memberitahu bahawa perancangan tersebut masih menunggu kelulusan daripada Toyota Motor.

Sebelum Ninnart pernah mendedahkan bahawa syarikat mempunyai kemampuan untuk masuk ke pengeluaran kenderaan hibrid di Thailand. Beliau menambah bahawa satu kajian berkenaan kemudahan pengeluaran bateri tempatan kini sedang dijalankan dan pelan pelaburan akan dibentangkan tidak lama lagi.

Toyota berhasrat untuk mengeksport kenderaan hibrid dari Thailand, walaupun pelan pengeluarannya akan fokus lebih kepada kenderaan hibrid elektrik, plug-in hybrid dan elektrik.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

Certified Pre-Owned - 1 Year Warranty

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Durrani Sharom

Mempunyai latar belakang yang pelbagai termasuk sebagai pengurus tapak, pemandu van/lori dan pelbagai lagi, Durrani akhirnya masuk ke dalam bidang penulisan automotif lapan tahun lalu. Apa sahaja yang beroda dan berenjin membuatkan beliau teruja dan beliau percaya ‘mesin pengangkutan' ini sepatutnya adalah sesuatu yang mampu memberikan pengalaman menyeronokkan kepada penggunanya.

 
 

Add a comment

required

required