Sekali lagi bekas Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamed, menyentuh perihal Proton-Geely menerusi blog peribadinya chedet.cc, dan mengesahkan pernah melawat kilang Geely di China. Selain pernah melawat kilang Volvo di Sweden, Jaguar di Britain, Nissan dan Toyota di Jepun serta Volkswagen di Jerman.
“Saya melawat banyak syarikat automotif di dunia untuk menjual Syarikat Proton. Tetapi saya gagal. Ternampak orang lain lebih berjaya, Syabas dan tahniah, saya ucapkan kepada mereka.
“Mungkin saya gagal kerana bercakap berkenaan pembelian enjin dari Geely. Geely memiliki Volvo dan saya dapati rekaan enjin Volvo cukup baik. Proton tidak ada enjin yang boleh diterima oleh Eropah. Jika dipasang enjin Geely/Volvo, mungkin kita akan menepati spec Euro 6. Dahulu pasaran luar yang terbesar bagi Proton ialah Britain. Sekarang kita tak dapat jual barang sebiji pun kereta Proton di Britain dan di Eropah kerana tidak menepati Euro 5,” ujar Tun Mahathir dalam catatannya yang bertajuk “Melawat Geely.”
Beliau turut mengakui pernah cuba untuk menaiktaraf enjin Proton namun syarikat automotif tersebut menolaknya. Bahkan Tun Mahathir juga pernah membuat trak pikap. Mungkin ini senada dengan laporan yang disiarkan pada Mei 2016 di mana sebuah syarikat dari Indonesia, Esemka, dikatakan akan membangunkan trak pikap, dengan bekerjasama Proton.
Bahkan pada pertengahan Julai lepas, Tun Mahathir pernah dilihat memandu sebuah Proton Preve versi trak pikap di ibu pejabat Bufori, Kepong, Walau bagaimana pun, berita yang dilaporkan selepas Tun Mahathir mengumumkan perletakan jawatannya sebagai pengerusi Proton, hingga kini masih menjadi tanda tanya.
Namun menurut blog beliau, katanya, Proton bukan sahaja telah menolak untuk membangunkan trak pikap, tetapi juga tidak bersetuju menjual 1,000 Proton Preve, malah Tun Mahathir turut mendakwa ramai pembeli sanggup beralih dari sedan kepada pikap.
Selain itu, Tun Mahathir turut menyentuh mengenai isu Honda yang tidak membenarkan Perdana yang menggunakan enjin Accord dieksport.
“Usaha dibuat untuk pasang enjin Campro Proton 1600cc dengan turbo charger yang mempunyai kuasa sama dengan Perdana 2000cc. Kereta ini didapati sama kuat dengan Perdana 2000cc dan mampu naik Genting Highlands tanpa sedikit pun masalah. Lagipun kos enjin Proton Campro RM8,000 lebih murah. Upgrade kepada 2400cc pun boleh. Tetapi Proton tolak,” ujarnya lagi.
Mantan Perdana Menteri ini juga mendedahkan, untuk aliran tunai, Proton perlu menjual lebih 8,000 unit kenderaan setiap bulan, namun ternyata ia tidak berjaya, sekaligus menyebabkan bayaran untuk vendor dan overhead terjejas.
“Oleh itu, para vendor tidak dapat membekalkan komponen kerana tidak dibayar. Kereta tidak dapat dipasang kerana tak cukup komponen. Keluaran rendah dari permintaan. Penjualan tidak dapat ditingkatkan. Demand ada. Bekalan kurang. Proton rugi,” dedahnya lagi sambil mengakui selepas meninggalkan syarikat automotif tersebut, pegawai dan kakitangan Proton tidak dibenarkan bercakap dengannya, termasuk mengatur sebarang pertemuan.
Sambungnya lagi, “Ramai pembekal berjumpa saya untuk saya tolong dapat duit yang dihutang oleh Proton. Tetapi saya tidak boleh buat apa-apa.”
Tun Mahathir turut mengakui, kereta buatan proton sebenarnya lebih kurang setanding dengan kereta import yang sama harga dengannya. Malah masalah seperti tingkap berkuasa juga telah diatasi sejak 10 tahun lalu walau pun ia masih menjadi isu yang sering dibangkitkan.
“Ramai yang membeli kereta Proton puas hati. Yang tidak puas hati tidak mengguna Proton, tidak tahu kualiti Proton. Mereka masih percaya cermin tingkap tidak naik.
“Saya masih ingat zaman kereta Jepun dijadi objek ketawa kerana kononnya jika cat dikikis akan terlihat label Milo. Industri automotif Jepun dan Korea berjaya kerana Kerajaan mereka tidak benar kereta asing diimport sehinggalah kualiti kereta mereka sudah boleh bersaing dengan kereta import. Sehingga kini pun tak banyak kereta buatan asing di negara mereka,” ujarnya lagi.
Walau bagaimana pun, katanya, Malaysia mengamalkan sikap terbuka di mana negara luar boleh menjual kenderaan mereka di sini. Tetapi kereta buatan Malaysia tidak dibenarkan memasuki negara mereka atas pelbagai alasan dan kita terpaksa akur.
Akhir kata darinya, “Tak usahlah pertahan bahawa kita masih ada kereta nasional. Kereta milik orang lain, dikeluar dan dijayakan oleh orang lain, tidak boleh diiktiraf sebagai nasional. Apakah dengan pegangan melebihi 0.1% maka pihak yang memiliki 49.9% tidak punyai apa-apa kuasa langsung. Ya. Memang terdapat kos yang tinggi mempertahan maruah. Lebih mudah jual sahajalah maruah.”
Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.
Yg menjadi dan menambah masaalah skrg ni hrga kereta tempatan terlalu mhl utk rakyat marhaein membelinya dan sye percye bank pon x kn meluluskan pinjaman utk kereta yg dipilih…ekonomi malaysia sgt buruk skrg ni..itulah hakikatnye..bahkan hendak membeli kereta second hand sekalipon pihak bank sgt susah utk meluluskan pinjaman…
i actually believe tun m but i dont on proton management. i believe something is wrong with the leadership there. someone is taking advantages and making profits while seeing the company losing its value
Sepatutnya Kerajaan malaysia harus lebih peka dlm menjaga kepentingan syarikat kereta nasional negara kita ini.. dgn slogan malaysia mienuju ke arah negara maju.. tapi hakikatnya! skrg ini bukan masanya utk salahkan sesiapa.. Usahakan sesuatu agar sektor permotoran negara juga menjadi sama maju ďgn negara yg lain.. kereta elektrik, motor elektrik.. semuanya boleh dibangunkan dgn mengunakan teknologi yg lebih canggih dan yg lebih moden.. tetapi yg berlaku adalah sebaliknya.. kini negara kita semakin merundum ekonominya, rakyat kini semakin susah mencari punca rezeki.. ini kerana mereka yg mementingkan diri sendiri & kuncu2 nya dahulu lebih daripada mementingkan Rakyat Negara sendri.. buat mereka yg kaya dan yg berada.. tidak akan terasa.. tetapi rakyat yg biasa.. rakyat yg dipendalaman.. Apakah yg perlu dilakukan untuk mengembalikan negara kita agar jadi seperti yg sebelum ini.. harap rakyat biasa dpt memiliki kenderaan nasional kebanggaan kita rakyat malaysia..