
Sebelum ini, kita sudah melihat Honda Accord 2018 (generasi kesepuluh) sedang diuji dan masih menggunakan pelekat camouflage. Kemudiannya, syarikat pengeluar dari Jepun itu mendedahkan bahawa sedan tersebut akan diperkenalkan bermula di Amerika Syarikat, dengan tiga pilihan enjin iaitu 1.5 liter VTEC Turbo (bersama padanan transmisi sama ada manual enam-kelajuan atau automatik CVT), 2.0 liter VTEC Turbo (transmisi manual enam kelajuan atau automatik 10 kelajuan) dan hibrid 2.0 liter dua motor (transmisi eCVT).
Dalam perkembangan terkini, Honda mendedahkan satu gambar teaser yang menunjukkan lukisan rupa hadapan kenderaan itu dan mengeluarkan tarikh ia akan dipertonton secara rasmi buat pertama kalinya iaitu pada 14 Julai ini. Penampilan global pertama Accord 2018 ini akan berlaku di Detroit, Amerika Syarikat.
Perincian lanjut berkenaan kereta itu bagaimana pun masih belum didedahkan, tetapi Honda memberitahu bahawa Amerika Syarikat dipilih kerana Accord cukup popular di negara itu, dengan telah mendapat kedudukan pertama dalam jumlah jualan bagi segmen kenderaan sedan saiz sederhana selama empat tahun berturut-turut (2013 – 2016). Bagi lima bulan pertama tahun 2017 juga, Accord masih lagi adalah kereta sedan saiz sederhana yang paling banyak dijual di Amerika Syarikat.
GALERI: Pilihan enjin bagi Honda Accord 2018
GALERI: Spyshot Honda Accord 2018

Honda Prelude
dari RM278,000
Honda HR-V
dari RM115,900
Honda e:N1
dari RM149,900
Honda Civic
dari RM133,900
Honda City Hatchback
dari RM85,900
Honda CR-V
dari RM178,200
Honda Civic Type R
dari RM399,900
Honda City
dari RM84,900
Honda WR-V
dari RM89,900