TINJAUAN AWAL: Toyota C-HR yang dipertontonkan di Malaysia – dedah perincian luaran dan dalaman

Mungkin pelancaran yang dinanti bukanlah dalam masa terdekat ini, buat masa ini, UMW Toyota masih mengunci mulut mengenai bilakah model crossover yang sedang hangat diperkatakan, Toyota C-HR, bakal memasuki pasaran Malaysia secara rasminya.

Walau bagaimana pun, UMW Toyota mula mempertontonkan C-HR yang diletakkan di bawah segmen-C ini menerusi siri jelajah di beberapa buah lokasi di Semenanjung Malaysia. Secara tidak langsung memberikan peluang kepada kita untuk melihatnya secara lebih dekat lagi.

Dijangka bakal dilancarkan di pasaran kita pada penghujung tahun ini atau awal tahun hadapan, C-HR pasaran Malaysia akan didatangkan dengan enjin 1.8 liter Dual VVT-i – yang mungkin sama dengan penjana kuasa pada Corolla Altis yang memiliki hamburan kuasa 139 PS/173 Nm – dipadankan bersama CVT. Walau bagaimana pun, kita tidak akan menerima enjin 1.2 liter turbocharged dengan kuasa 115 PS/185 Nm seperti mana model C-HR yang dipertontonkan ini yang dibawa khas dari Australia.

Perincian lain yang didedahkan antaranta lampu utama follow-me-home, pencahayaan tompokan yang memantulkan logo C-HR serta kepekaan trafik lintasan belakang. Model yang dipertontonkan ini juga didatangkan dengan kawalan suhu automatik dwi-zon dan Toyota Safety Sense termasuk brek kecemasan sendiri dan kawalan kelajuan aktif, yang tidak dipastikan adakah kita juga akan menerimanya di sini.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

Certified Pre-Owned - 1 Year Warranty

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Izwaashura Sadali

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

 
 

Add a comment

required

required