GIIAS 2017: Mitsubishi Xpander – aksesori, kit badan

GIIAS 2017: Mitsubishi Xpander – aksesori, kit badan

Tahun ini, model yang paling mendapat perhatian semasa pameran permotoran GIIAS 2017 di Indonesia adalah Mitsubishi Xpander, menyaksikan setelah pameran dibuka kepada awam, kawasan Mitsubishi dipenuhi dengan orang ramai yang ingin melihat sendiri model baru ini.

Ia bukanlah sesuatu yang mengejutkan kerana Xpander adalah model baru yang mahu bersaing dalam segmen MPV menentang Toyota Avanza, Daihatsu Xenia, Suzuki Ertiga dan Honda Mobilio. Walaupun begitu, model baru ini lebih menyerlah berdasarkan rekaan inspirasi daripada SUV, sama seperti pendekatan yang diambil oleh Honda pada BR-V.

Perkara itu jugalah yang menjadi kekuatan Xpander, dan rekaan ini adalah asalnya datang daripada model konsep XM, tetapi dipadankan untuk produksi. Boleh dilihat terdapat muka identiti baru syarikat itu yang dinamakan sebagai Dynamic Shield, lampu tiga lapis, lengkuk roda terkeluar dan lampu belakang LED.

Dari tanah, Xpander mempunyai ketinggian 205 mm dan ia menggunakan rim 16 inci. Sesiapa yang tidak begitu gemar dengan kedudukan SUV yang tinggi, mereka boleh memilih kit badan khas yang disediakan oleh Mitsubishi yang termasuk penepis angin hadapan, side skirt dan tambahan di bahagian bawah bampar. Ini adalah antara kit badan paling tebal pernah disaksikan dan ia ternyata menjadikan badan Xpander lebih labuh.

Selain kit badan ini, Mitsubishi turut menyediakan pelbagai aksesori untuk Xpander yang antaranya terdiri daripada lapik luar cermin sisi krom, penghadang tepi tingkap, muncung ekzos krom dan lencana Xpander atas hud depan yang diletakkan selari dengan lambang Mitsubishi di grilnya. Walaubagaimanapun, tidak semua ada pada kereta yang dipamerkan ini.

Mitsubishi Xpander ditawarkan dalam lima varian di Indonesia iaitu GLX, GLS, Exceed, Sport dan Ultimate. Ia akan dijual pada harga bermula Rp 189,050,000 (RM60,843) hingga Rp 245,350,000 (RM78,968). MPV ini diproduksi di kilang baharu MMC yang terletak di Bekasi, Jawa Barat, dihasilkan sebanyak 80,000 unit setahun. Eksport ke pasaran ASEAN lain akan bermula pada tahun 2018.


GALERI: Mitsubishi Xpander Sport Automatik

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

Certified Pre-Owned - 1 Year Warranty

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Durrani Sharom

Mempunyai latar belakang yang pelbagai termasuk sebagai pengurus tapak, pemandu van/lori dan pelbagai lagi, Durrani akhirnya masuk ke dalam bidang penulisan automotif lapan tahun lalu. Apa sahaja yang beroda dan berenjin membuatkan beliau teruja dan beliau percaya ‘mesin pengangkutan' ini sepatutnya adalah sesuatu yang mampu memberikan pengalaman menyeronokkan kepada penggunanya.

 
 

Add a comment

required

required