Keputusan pengendali pengangkutan ibu kota London, Transport for London (TfL) telah membuat keputusan untuk menamatkan lesen perkhidmatan Uber di bandaraya berkenaan pada akhir bulan ini. Ia berikutan pihak TfL menganggap pendekatan Uber dan pengendaliannya kurang bersifat tanggungjawab korporat, apatah lagi ia membabitkan beberapa isu berkaitan keselamatan awam dan juga penipuan yang dilakukan di kalangan pemandu Uber.

Menurut berita yang disiarkan Reuters, keputusan terhadap Uber itu diambil selepas dilaporkan gagal melaporkan kes jenayah serius, tidak menyiasat latar belakang pemandu dengan secukupnya dan alasan keselamatan, sekaligus mengancam operasi di London.

Berikutan itu, Uber menghantar e-mel kepada semua pelanggan mereka di London dan menggesa mereka menandatangani petisyen dalam talian. Petisyen itu mendakwa pihak berkuasa terpengaruh dengan sebilangan kecil individu yang mahu menyekat hak pengguna. Sehingga kini lebih 500,000 pengguna telah menandatangai petisyen bantahan dalam tempoh kurang 24 jam serta memohon agar perkhidmatan tersebut diteruskan bagi kemudahan orang awam.

Sehingga kini, Uber London masih belum mengemukakan sebarang rayuan untuk perkara ini.