VIDEO: Gran Turismo – simulator pemanduan sebenar pada konsol Playstation kini sudah berusia 20 tahun

Sedar atau tidak, tahun ini permainan video untuk konsol Playstation (PS) ‘The real driving simulator‘ – Gran Turismo – telah 20-tahun berada dalam pasaran. Bagi meraikan ulangtahun tersebut serta pelancaran siri baharu dalam franchise permainan berkenaan iaitu Gran Turismo Sport bulan ini, Sony telah menghasilkan video penghargaan dan mendedahkan kisah-kisah pada awal pembinaan Gran Turismo pada tahun 1997.

Video ini menampilkan pencipta siri GT dan juga CEO Polyphony Digital, Kazunori Yamauchi, bercerita tentang pembinaan asal permainan video berkenaan. Beliau juga meluahkan penghargaannya terhadap 200-orang kakitangannya serta peminat permainan ini yang telah menyokong selama dua dekad.

Turut tampil, presiden studio global Sony Interactive Entertainment, Shuhei Yoshida yang turut bertindak sebagai produser bersama disamping Yamauchi, dan juga naib presiden pembangunan luar studio Sony Interactive Entertainment Jepun yang berkongsi tanggapan pertama mereka ketika Gran Turismo diperkenalkan 20-tahun lalu.

Ketika diperkenalkan, Gran Turismo sangat berbeza dengan saingan-saingannya yang lain seperti Need For Speed dan sebagainya. Permainan tersebut begitu menekankan pengalaman perlumbaan sebenar dan sangat teknikal – anda perlu faham bagaimana kereta berfungsi, bagaimana teknik pemanduan sebenar serta asas untuk melakukan talaan pada kereta ubahsuai bagi mengatasi lawan.

Gran Turismo 2 kemudiannya diperkenalkan juga pada konsol PS1 dengan pilihan kereta melebihi 600-buah, terdiri dari jenama automotif dari seluruh dunia. Ketika era PS2, Gran Turismo 3: A-spec pula diperkenalkan, menampilkan pemetaan semula pada persekitaran bagi menghasilkan refleksi pada badan kereta.

Pada tahun 2004, Gran Turismo 4 diperkenalkan juga untuk konsol PS2. Siri tersebut diberikan mod foto dan juga mod B-Spec yang menampilkan pemanduan AI. Ketika memasuki era PS3, Gran Turismo 5 pula didedahkan, menyediakan pilihan lebih dari 1,000 buah kereta, cuaca dan masa harian yang dinamik.

Konsol PS3 turut boleh memainkan Gran Turismo 6 dan kemudian ditambah dengan Vision Gran Turismo yang menampilkan pelbagai kereta konsep dan juga enjin fizik yang diperkemaskan.

Generasi terbaharu Gran Turismo Sport untuk konsol PS4 akan mula berada dalam pasaran esok. Siri terbaharu dalam franchais permainan ini akan membawa GT ke persada eSport dengan lesen perlumbaan maya dan juga kejuaraan-kejuaran atas talian yang diluluskan oleh FIA. Permainan ini juga menampilkan, editor livery, resolusi 4K, HDR, dan juga sokongan VR. Anda juga berpeluang untuk dilatih oleh juara Formula 1 tiga kali Lewis Hamilton dalam Gran Turismo Sport ini.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

Certified Pre-Owned - 1 Year Warranty

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Mohd Farid Awaludin

Farid mula menggilai kereta dengan menghafal logo dan jenama kereta ketika berumur 4 tahun, dan selanjutnya belajar membaiki kereta di institut kemahiran awam tempatan. Selalu membayangkan diri menjadi kerdil masuk ke dalam sistem mekanikal untuk diagnosis masalah dan memahamkan diri sendiri berkenaan teknologi baru. Dek selalu berangan mahu jadi seperti Tiff Needell, akhirnya diberi peluang untuk menyertai dunia media permotoran pada tahun 2012.

 
 

Add a comment

required

required