Ducati Multistrada 1260 – enjin berkapasiti lebih besar, empat variasi ditawarkan termasuk edisi Pikes Peak

Ducati Multistrada 1260 – enjin berkapasiti lebih besar, empat variasi ditawarkan termasuk edisi Pikes Peak

Ducati nampaknya hadir ke EICMA 2017 dengan pelbagai model baru. Selain sportsbike Panigale V4 dan Scrambler 1100, pengeluar dari Itali itu turut memperbaharui model kembara mereka dengan pengenalan Multistrada 1260.

Daripada nama model ini, jelas ia menunjukkan peningkatan kapasiti enjin, yang mana kini menggunakan enjin 1,262 cc DVT (Desmodromic Variable Timing) seperti XDiavel, dan ditala untuk menghasilkan 156 hp pada 9,500 rpm dan 129.5 Nm tork pada 7,500 rpm. Enjin ini menggantikan enjin 1,198 cc DVT berkuasa 152 hp dan 128 Nm sebelum ini.

Secara keseluruhannya, Multistrada 1260 ini didatangkan dalam empat variasi iaitu 1260 S, 1260 S, 1260 S D-Air dan 1260 Pikes Peak. Selain enjin baru, Multistrada 1260 ini turut diubah dengan fork yang lebih condong 1 darjah, dan lengan ayun 48 mm lebih panjang.

Selain itu, jarak antara rodanya juga lebih jauh; 1,585 mm dari 1,530 mm pada model sebelumnya. Ini menjadikan motosikal ini lebih selesa untuk perjalan jauh, serta lebih stabil. Motosikal ini menggunakan fork 48 mm terbalik untuk bahagian depan, manakala di belakang menggunakan penyerap hentak Sachs – kedua-duanya boleh dilaras.

Untuk senarai kelengkapan, model asas didatangkan terus dengan Vehicle Hold Control (VHC), mod tunggangan, Power Mode, Ducati Safety Pack (Cornering ABS Bosch + DTC), Ducati Wheelie Control (DWC), Cruise Control dan penunjuk arah tutup sendiri. Melalui model 1260 S pula, ia akan ditambah dengan Ducati Cornering Lights, Ducati Skyhook Suspension (DSS), Ducati Quickshift (DQS) naik dan turun dan Ducati Multimedia System.

Ducati Multistrada 1260 S dan Pikes Peak turut menerima skrin TFT HD, sistem tunjuk arah serta pilihan empat mod tunggangan – Sport, Touring, Urban dan Enduro.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Durrani Sharom

Mempunyai latar belakang yang pelbagai termasuk sebagai pengurus tapak, pemandu van/lori dan pelbagai lagi, Durrani akhirnya masuk ke dalam bidang penulisan automotif lapan tahun lalu. Apa sahaja yang beroda dan berenjin membuatkan beliau teruja dan beliau percaya ‘mesin pengangkutan' ini sepatutnya adalah sesuatu yang mampu memberikan pengalaman menyeronokkan kepada penggunanya.

 
 

Add a comment

required

required