Honda berazam kekal komited bangunkan kereta sport

Honda berazam kekal komited bangunkan kereta sport

Honda memang boleh melakukan peralihan kepada teknologi hijau selaras dengan rancangan 2030 Vision mereka, namun demikian, ini tidak bermakna pengeluar kenderaan tersebut mengetepikan peminat jentera prestasi tinggi. Maka, Honda nekad untuk kekal komited bagi teruskan membangunkan kereta sport. Menurut Presiden dan CEO Honda, Takahiro Hachigo, pihaknya akan terus kekal komited dalam penghasilan barisan model kereta sport, namun tetap akan memberikan kepuasan dan kegembiraan buat pelanggan yang bakal memandunya.

“Apabila bercakap soal keseronokan sewaktu pemanduan, secara semulajadinya ia bermaksud kereta sport. Kini, kita sudah mempunyai generasi baharu bagi NSX dan Civic Type R serta S660, dan keutamaan kami adalah meneruskan model sport yang telah diperkenalkan ini,” ujarnya kepada pemberita di Tokyo hujung bulan lalu.

Walau bagaimana pun, ia mungkin boleh berubah ke arah elektrifikasi, seperti model Sport EV Concept yang ditampilkan di Tokyo Motor Show 2017, yang dilihat memiliki potensi untuk dibangunkan sebagai model produksi pada masa hadapan.

Walau bagaimana pun, syarikat ini tidak menyatakan lebih lanjut adakah ia bakal menjadi realiti, namun Urban EV Concept – yang berkongsi platform yang sama – bersedia untuk mula diproduksikan pada 2019 dan coupe dua-pintu ini berkemungkinan bakal mengikutinya. Hachigo turut berkata, “Secara peribadinya, saya juga amat sukakan kereta sport, jadi saya berharap kami boleh membangunkannya dalam cara berbeza.”

Beliau turut menambah, adakah kemungkinan untuk pengeluar kereta membangun dan memperkenalkan lebih banyak model sport, ia akan bergantung pada pemintaan pasaran, begitu juga dengan jualan, kerana aspek perniagaan tidak boleh diketepikan.

“Sebagai bekas jurutera penyelidikan dan pembangunan, secara peribadinya saya tahu ada segelintir pencinta kereta sport di dalam jabatan R&D kami. Jadi, bagi tenaga kerja, kami memang berupaya untuk melakukan pembangunannya, cuma walau pun ia boleh dibangunkan, namun persoalannya, bolehkan ia dijual?” ujar Hachigo lagi.

Jelasnya lagi, “Persoalan ini agak besar, dan sebab itulah sukar untuk membuat keputusan. Jika suara di rantau berbeza mahukan kereta sport ini, kami dengan penuh teruja mahu membangunkannya.”

Bagi Sport EV Concept – menurut perekanya, Makoto Harada memberitahu paultan.org di Tokyo Motor Show 2017 lalu, kereta ini memang sudah dibayangkan sejak awal, namun buat setakat ini, tiada kajian lebih lanjut dijalankan.

GALERI: Honda NSX, Tokyo Motor Show 2017

GALERI: Honda S660, Tokyo Motor Show 2017

GALERI: FK8 Honda Civic Type R

GALERI: Honda Sports EV Concept, Tokyo Motor Show 2017

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

Certified Pre-Owned - 1 Year Warranty

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Izwaashura Sadali

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

 
 

Add a comment

required

required