SPYSHOT: Suzuki Vitara diuji oleh Proton – SUV baru?

SPYSHOT: Suzuki Vitara diuji oleh Proton – SUV baru?

Sebelum ini, khabar anginnya ada bertiup. Tapi, ini ada kejutan lain – seorang pembaca, Max Pang mengirimkan gambar sebuah Suzuki Vitara yang kelihatan ditempat letak kereta berdekatan Sports Arena Cyberjaya. Ini satu hal yang agak pelik sebenarnya, kerana seperti yang kita tahu, Suzuki tidak lagi menjual kenderaannya di sini selepas menjalin kerjasama dengan Proton seperti yang diumumkan sebelum ini.

Unit yang dilihat ini pula, bahagian lencananya ditutup. Nombor platnya pula macam biasa dilihat – trade plate negeri Selangor yang biasa digunakan oleh kereta prototaip Proton. Jika perkara ini benar, maka agak menghairankan mengapa Proton masih meneruskan jalinan ini walaupun selepas diambil alih oleh Geely.

SPYSHOT: Suzuki Vitara diuji oleh Proton – SUV baru?

Tapi, jika dilihat kembali sewaktu sidang media memeterai rakan strategik Proton itu, pengerusinya, Datuk Seri Syed Faisal Albar ada menyatakan bahawa semua perjanjian yang telah dipersetujui sebelum itu (termasuk dengan Honda bagi Perdana dari Accord dan Suzuki Ertiga) akan tetap diteruskan.

Jadi, tak mustahil kalau Proton benar-benar sedang mempersiapkan model SUV Vitara – dengan lambang Proton tentunya – sementara dalam masa yang sama syarikat itu di bawah Geely mempersiap produk serba baru sendiri.

Lebih menarik, SUV dengan saiz lebih kecil seperti Vitara akan membolehkan Proton untuk memasuki penawaran SUV segmen B yang lebih murah dan menyertai model-model sedia ada seperti Honda HR-V, Mazda CX-3 dan akan datang, Toyota C-HR. Lebih penting, Proton ingin melakukannya terlebih dahulu sebelum Perodua masuk gelanggang yang sama.

SPYSHOT: Suzuki Vitara diuji oleh Proton – SUV baru?

Selain lencana yang ditutup, Vitara yang dilihat ini nampak sama dengan unit yang dijual dipasaran lain – sama kesnya seperti Proton Ertiga agaknya. Dan, jika ia tidak melibatkan banyak perubahan berbanding model asalnya, nampak gaya Proton tidak memerlukan masa yang lama untuk memperkenalkannya secara rasmi.

Kalaulah Proton Vitara ini betul-betul jadi kenyataan, ia berkemungkinan besar akan dilengkapi dengan enjin M16A 1.6 liter petrol yang menghasilkan 118/156 Nm, dan dipadankan dengan transmisi automatik enam-kelajuan. Ramai atau tidak dalam kalangan anda yang berminat dengan model ini sekiranya benar-benar masuk pasaran nanti?

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Hazril Hafiz

Berkecimpung di dalam media automotif tempatan sejak 10 tahun lalu, Hafiz mengimpikan sebuah Malaysia dengan jaringan sistem pengangkutan awam yang lebih cekap dan menyeluruh. Tugas terakhirnya sebelum menyertai laman web ini ialah sebagai editor sisipan automotif sebuah akhbar arus perdana.

 

Comments

  • Alson P on Dec 03, 2017 at 2:44 pm

    Proton Dan Suzuki telah membuat perjanjian sampai mati beberapa tahun lalu.. Jika anda masih ingat, tahun lalu semua pusat servis Suzuki di Malaysia telah dijenamakan kepada Proton 3s Dan 4s SC.. Tiada lagi pusat servis Suzuki di malaysia Dan semua kenderaan Suzuki dihantar ke pusat servis Proton sejak tahun lepas..

    Sama ada pemilik baru Proton atau Suzuki sendiri ingin membatalkan perjanjian, maka pihak yang membatalkan perjanjian akan membayar sejumlah amaun yang dipersetujui kepada pihak lagi satu.. Vitara adalah tertakluk dalam perjanjian tersebut Dan ada lagi perkara di dalam perjanjian akan dilaksanakan dikemudian hari..

    Like or Dislike: Thumb up 8 Thumb down 0
 

Add a comment

required

required