VIDEO: Mad Mike Whiddet tinjau budaya auto di Jepun

Drifter antarabangsa dari New Zealand yang memandu untuk RedBull, ‘Mad Mike’ Whiddet diberi peluang untuk ke Jepun dan mendalami budaya automotif di negara matahari terbit berkenaan, dan kunjungannya itu didokumentarikan dalam sebuah video. Seperti juga perkara lain, budaya automotif di Jepun mempunyai pelbagai cabang, dan ia didedahkan pada video berdurasi 12 minit ini.

Sebelum meninjau perkara lain, Mad Mike terlebih dahulu mengunjungi garaj Liberty Walk (LB Performance) untuk menemui pengasasnya, Wataru Kato. Anda mungkin mengenali pelbagai supercar yang menerima sentuhan LB performance, namun tahukah anda Kato-San memulakan perniagaannya dengan menala kereta-kereta klasik Jepun?

Menurut Kato, ketika muda dahulu, dia bersama rakan-rakannya tidak mempunyai duit yang banyak. Jadi mereka mengubahsuai kereta-kereta JDM ketika era berkenaan seperti Datsun Skyline C210, Mazda RX-3, Toyota Celica RA27 dan sebagainya dengan gaya Shakotan iaitu mengenakan rim-rim ‘mangkuk’ buatan Jepun dan overfender, kemudian badan direndahkan ke bumi serapat mungkin (jangan keliru dengan Bosozoku kerana Boso bersifat lebih ekstrem).

Walaupun kini lebih terkenal dengan Ferrari dan Lamborghini, Wataru Kato masih lagi menyimpan kereta-kereta Shakotan miliknya kerana jentera-jentera sedemikian adalah cinta pertamanya dalam dunia automotif.

Selain dari LB Performance, Mad Mike turut berjumpa dengan Hisashi Ushida dari Cholo’s Custom (American Low Rider) dan Souki Yamashita dari Rude Playerz (Bosozoku). Selain itu, dia juga sempat berjumpa dengan Shinichi Morohoshi dari Fighting Star yang terkenal dengan ubahsuai Lamborghini yang diberikan pelbagai lampu LED dan hiasan batu berlian.

Bukan sahaja berkaitan dengan kereta, budaya automotif Jepun juga popular dengan lori. Untuk itu, Mad Mike sempat berjumpa dengan Kazuo Oda dari Hello Special yang mengubahsuai lori comel Kei-Truck (bersaiz sangat kompak, dengan enjin 660 cc seperti Kei-Car), serta Minoru Hayashi iaitu seorang pemilik Dekotora (Decoration Truck) – trak yang diubahsuai dengan perhiasan seperti panel-panel krom dan juga lambakan lampu LED.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Mohd Farid Awaludin

Farid mula menggilai kereta dengan menghafal logo dan jenama kereta ketika berumur 4 tahun, dan selanjutnya belajar membaiki kereta di institut kemahiran awam tempatan. Selalu membayangkan diri menjadi kerdil masuk ke dalam sistem mekanikal untuk diagnosis masalah dan memahamkan diri sendiri berkenaan teknologi baru. Dek selalu berangan mahu jadi seperti Tiff Needell, akhirnya diberi peluang untuk menyertai dunia media permotoran pada tahun 2012.

 
 

Add a comment

required

required