Brembo keluarkan kenyataan berkaitan panggilan balik

Brembo keluarkan kenyataan berkaitan panggilan balik

Selepas berita panggilan balik model-model yang menggunakan pam brek PR16 keluaran Brembo yang diumumkan oleh National Highway Traffic Safety Administration (NHTSA) di Amerika Syarikat, kini Brembo juga telah mengeluarkan kenyataan rasmi berkaitan masalah berkenaan.

Melalui laman web rasminya, Brembo memaklumkan panggilan balik itu hanya melibatkan model yang menggunakan komponen radial master cylinder piston dalam diameter 15 mm dan 16 mm. Silinder utama brek denga piston dalam diameter berkenaan dikilangkan antara 2015 hingga 2017 dan dibekalkan kepada pengeluar sebagai peralatan OEM. Antara jenama yang terlibat antaranya ialah Aprilia, Ducati, KTM, MV Agusta, TM Racing, Moto Morini dan Horex.

Panggilan balik ini bagaimanapun tidak melibatkan jenama yang tidak disenaraikan di atas, dan tidak termasuk silinder utama yang dijual secara aftermarket melalui pengedar sah Brembo. Pengeluar telah pun dimaklumkan dan pemilik motosikal yang terlibat dengan panggilan balik ini dinasihatkan untuk menghubungi pengeluar untuk menggantikan komponen berkenaan.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Hazril Hafiz

Berkecimpung di dalam media automotif tempatan sejak 10 tahun lalu, Hafiz mengimpikan sebuah Malaysia dengan jaringan sistem pengangkutan awam yang lebih cekap dan menyeluruh. Tugas terakhirnya sebelum menyertai laman web ini ialah sebagai editor sisipan automotif sebuah akhbar arus perdana.

 
 

Add a comment

required

required