Renault M’sia anjur kempen ‘Favours The Bold’ – harga dari RM90k, percutian dan Twizy EV untuk direbut

Renault M’sia anjur kempen ‘Favours The Bold’ – harga dari RM90k, percutian dan Twizy EV untuk direbut

Renault Malaysia menerusi TC Euro Cars telah melancarkan kempen ‘Favour The Bold’yang menawarkan banyak promosi menarik ke atas model-model popular Renault di Malaysia. Pelanggan juga berpeluang memenangi pelbagai hadiah hebat. Kempen telah pun bermula dan bakal berakhir pada 31 Mac ini.

Menerusi kempen Renault ini, pelanggan yang membeli Koleos – SUV premium Renault – akan menerima pakej servis dan penyelenggaraan percuma bernilai RM6,850. Boleh didapati dalam versi 2WD dan 4WD, Renault Koleos ditawarkan pada harga bermula RM184,200.

Manakala crossover bergaya dengan enjin turbo Captur yang ditawarkan pada harga RM109,000, juga boleh diperoleh menerusi kempen ini pada harga cuma RM98,000. Ia merangkumi tawaran servis selepas jualan 5-in-Captur.

Sebagai tambahan, pelanggan yang mahukan sedan Fluence yang mantap dan boleh dipercayai pasti menghargai harga promosi iaitu RM89,888. Tawaran itu ialah penjimatan sebanyak RM30,000 dan sah untuk varian Dynamique yang berharga RM119,888.

Bukan itu sahaja, terdapat banyak hadiah menarik untuk dimenangi oleh pelanggan yang membeli mana-mana model Renault mulai sekarang hingga 30 Jun ini. Seorang pemenang bertuah berpeluang memandu pulang sebuah kereta elektrik sepenuhnya Renault Twizy bernilai RM86,800. Selain itu, terdapat sembilan hadiah percutian bernilai RM13,500 untuk dimenangi.

Para pemenang hadiah percutian akan ditentukan setiap dua bulan daripada satu cabutan bertuah sepanjang kempen ini berlangsung. Manakala pemenang Renault Twizy pula akan ditentukan pada bulan Julai selepas kempen ini berakhir. Barangan-barangan eksklusif Renault juga akan diberikan untuk setiap pembelian, serta selepas pandu uji.

Sama seperti kenderaan-kenderaan Renault yang lain, Koleos, Captur dan Fluence hadir bersama jaminan pengeluar selama lima-tahun serta jarak perbatuan tanpa had. Jaminan ini disokong sepenuhnya oleh Renault dan bukannya mana-mana syarikat insurans. Ini bermakna, terma, syarat dan alat ganti yang ditawarkan adalah konsisten sejak tahun pertama hinggalah berakhirnya tempoh jaminan.

Semua model massa Renault (bukan RS) yang dijual oleh TC Euro Cars didatang dengan waranti pengilangan selama lima-tahun tanpa had perbatuan. Jenama ini turut mempunyai 14 pusat servis di seluruh Malaysia.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Izwaashura Sadali

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

 
 

Add a comment

required

required