Hyundai tunjukkan teaser Santa Fe generasi keempat

Hyundai tunjukkan teaser Santa Fe generasi keempat

Hyundai buat pertama kalinya telah menunjukkan gambar teaser dan beberapa perincian berkenaan Santa Fe generasi terbaru. Kini SUV tersebut telah memasuki generasi keempat, dan akan membuat penampilan pertama bulan hadapan sebelum dipamerkan pula di Geneva Motor Show pada bulan Mac.

Santa Fe baru ini akan menampilkan ciri keselamatan aktif terkini Hyundai di bawah pakej teknologi Smart Sense. Antaranya adalah pemerhati penumpang yang duduk di belakang, di mana ia boleh mengesan sekiranya terdapat penumpang di tempat duduk belakang dan memberi amaran kepada pemandu apabila mereka beredar dari kenderaan.

Sistem amaran Rear Cross-Traffic Collision pula dipertingkat dengan fungsi brek automatik. Demi mengelakkan risiko perlanggaran apabila mengundur keluar daripada kawasan yang sempit dan kurang penglihatan, sistem ini akan memberi amaran kepada pemandu dan membrek secara sendiri.

Hyundai tunjukkan teaser Santa Fe generasi keempat

Selain daripada ciri keselamatan ini, tidak banyak yang didedahkan oleh Hyundai berkenaan Santa Fe ini. Imej yang dikeluarkan menunjukkan ia masih mengekalkan bentuk asas Santa Fe yang bukannya sahaja besar, tetapi juga tegap.

Daripada spyshot yang didapati sebelum ini, Santa Fe akan mengikuti rekaan muka hadapan seperti SUV kompak Kona dengan adanya lampu siang LED yang berbentuk seperti kening kepada lampu utama, dan lampu utama itu sendiri duduk lebih rendah.

GALERI: Spyshot Hyundai Santa Fe generasi seterusnya

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

Certified Pre-Owned - 1 Year Warranty

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Durrani Sharom

Mempunyai latar belakang yang pelbagai termasuk sebagai pengurus tapak, pemandu van/lori dan pelbagai lagi, Durrani akhirnya masuk ke dalam bidang penulisan automotif lapan tahun lalu. Apa sahaja yang beroda dan berenjin membuatkan beliau teruja dan beliau percaya ‘mesin pengangkutan' ini sepatutnya adalah sesuatu yang mampu memberikan pengalaman menyeronokkan kepada penggunanya.

 
 

Add a comment

required

required