Evald Jåstad – pemandu teksi dengan Ford Focus RS, persis watak ‘Daniel Morales’ dari filem Perancis; Taxi

Ingat lagi filem Perancis terbitan Luc Besson bertajuk ‘Taxi’ (dibuat semula di Hollywood dan dibintangi oleh aktres Queen Latifah)? Filem tersebut mengisahkan seorang pamandu teksi bernama Daniel Morales dari bandar Marseille yang bercita-cita untuk menjadi pelumba, mengubahsuai teksi Peugeot 406 miliknya menjadi sebuah jentera yang benar-benar pantas, dan masih berfungsi sebagai teksi.

Nampaknya di Norway watak Daniel berkenaan benar-benar wujud; selamat berkenalan dengan Evald Jåstad dari Odda, yang memandu Ford Focus RS sebagai teksi untuk mencari nafkah harian. Focus RS dengan enjin 2.3 liter EcoBoost berkuasa 345 hp milik Evald ini digelar ‘The Blue Lightning’ oleh pelanggan-pelanggan tetapnya.

Sehingga kini, Focus RS berkenaan telah pun mencatatkan 127,138 km pada meter perbatuan hanya dalam masa 18 bulan selepas dibeli. Menurut Evald yang juga peminat sukan rali, jalan raya sekitar Odda yang sempit dan berliku adalah sangat sesuai dengan gaya pemanduannya serta Focus RS itu sendiri.

Evald Jåstad – pemandu teksi dengan Ford Focus RS, persis watak ‘Daniel Morales’ dari filem Perancis; Taxi

Evald mempunyai seorang pelanggan tetap iaitu seorang wanita berumur 96 tahun, yang suka menaiki The Blue Lightning. Evald yang juga seorang pemandu teksi yang bertanggungjawab, kadang kala singgah ke rumah pelanggannya berkenaan untuk bertanya khabar – mengingatkan penulis pada babak Daniel yang menjadi teksi tetap kepada ibu rakannya iaitu Émilien.

Walaupun video ini tidak menceritakan apa yang Evald buat pada masa lapang (selain dari meluangkan masa dengan keluarga), pemandu teksi ini bukan jenis biasa-biasa kerana terdapat sebuah Ford Sierra Cosworth yang sedang diperbaiki. “Tak ramai orang di dunia ini yang berkata mereka kini hidup dalam angan-angan mereka. Tetapi saya boleh”, kata Evald.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

Certified Pre-Owned - 1 Year Warranty

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Mohd Farid Awaludin

Farid mula menggilai kereta dengan menghafal logo dan jenama kereta ketika berumur 4 tahun, dan selanjutnya belajar membaiki kereta di institut kemahiran awam tempatan. Selalu membayangkan diri menjadi kerdil masuk ke dalam sistem mekanikal untuk diagnosis masalah dan memahamkan diri sendiri berkenaan teknologi baru. Dek selalu berangan mahu jadi seperti Tiff Needell, akhirnya diberi peluang untuk menyertai dunia media permotoran pada tahun 2012.

 
 

Add a comment

required

required