Pininfarina akan bawa model konsep HK GT ke Geneva – sedia empat tempat duduk, dua pintu terbuka ke atas

Pininfarina akan bawa model konsep HK GT ke Geneva – sedia empat tempat duduk, dua pintu terbuka ke atas

Syarikat rekaan yang berpusat di Itali iaitu Pininfarina akan hadir ke Geneva Motor Show tahun ini dengan membawa sebuah model konsep yang setakat ini hanya dinamakan sebagai HK GT. Ini adalah model konsep keempat yang dihasilkan bersama syarikat teknologi yang berasal dari Hong Kong, Hybrid Kinetic Group.

Model pertama yang dihasilkan dengan kerjasama syarikat ini adalah sedan mewah H600 yang ditunjukkan semasa Geneva Motor Show 2017, dan ia kemudiannya diikuti oleh sebuah model konsep SUV lima tempat KV550 dan seterusnya SUV tujuh tempat duduk K750 – ditunjuk di Shanghai Motor Show 2017.

Untuk model HK GT ini, tidak banyak perincian yang diberitahu, kecuali ia dinyatakan sebagai sebuah Gran Turismo eco yang elegan, dan tidak mempunyai sebarang emisi. Bermakna, ia adalah sebuah kenderaan yang dijana oleh penggerak alternatif seperti elektrik.

Pininfarina juga ada menyatakan bahawa kenderaan ini akan menggunakan teknologi sumber kuasa termaju oleh HK sendiri, dan ia termasuk bateri, motor elektrik, pengawal elektrik dan range extender.

Daripada bentuknya pula, yang boleh dilihat dalam gambar teaser ini, HK GT mempunyai bahagian hud depan yang panjang, duduk rendah dan bahagian belakangnya pula pendek dan mempunyai cermin yang menjunam. Di bahagian dalam, terdapat empat tempat duduk. Walaupun dengan bumbung yang menjunam, tempat duduk belakang kelihatan seperti masih boleh memuatkan orang dewasa.

Kemudiannya, yang pasti menarik perhatian adalah pintu terbuka ke atas atau dipanggil gull-wing. Walaupun di belakang juga mempunyai tempat duduk, pintu kenderaan ini datang dalam satu unit di setiap belah, dan apabila dibuka, ia boleh memberikan akses serentak untuk penumpang hadapan dan belakang.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Durrani Sharom

Mempunyai latar belakang yang pelbagai termasuk sebagai pengurus tapak, pemandu van/lori dan pelbagai lagi, Durrani akhirnya masuk ke dalam bidang penulisan automotif lapan tahun lalu. Apa sahaja yang beroda dan berenjin membuatkan beliau teruja dan beliau percaya ‘mesin pengangkutan' ini sepatutnya adalah sesuatu yang mampu memberikan pengalaman menyeronokkan kepada penggunanya.

 
 

Add a comment

required

required