Kia K900 2018 – imej pertama disebar, perincian bocor

Kia K900 2018 – imej pertama disebar, perincian bocor

Kia telah menyebarkan imej rasmi pertama bagi K900 serba baharu (yang juga dikenali sebagai K9 di Korea) menjelang penampilan peringkat dunia yang bakal berlangsung di New York International Auto Show. Dalam masa yang sama, brosur K9 dari Korea juga bocor menerusi atas talian.

Mengenai rekaannya, K900 mengekalkan imej seperti yang pernah ditunjukkan menerusi lakarannya sebelum ini. Pada bahagian hadapan, kita dapat lihat gril yang agak lebar bersama paten quadric dengan 176 sel yang dibingkaikan di dalamnya. Menurut Kia, ia menggambarkan “tenaga yang dipacu dari pusat”.

Gril juga disambung ke lampu utama LED ‘Duplex’ yang sedikit kecil berbanding model semasa, turut senada dengan lampu belakang. Apron bawah yang lebih menonjol dengan bonet yang sedikit terbonjol turut menjadi pertaruhan untuk wajah hadapannya.

Bagi bahagian sisinya pula, corong fender asal telah ditiadakan dan seksyen bawah pada badannya kini dihiasi dengan kekemasan krom. Perincian krom tambahan juga didapati pada garisan tingkap hingga ke tiang-C, serta pada lampu belakang hingga ke perumah ekzos. Lampu belakangnya juga lebih kecil berbanding sebelum ini dan dek belakang pula dipanjangkan sedikit ke luar.

Kia K900 2018 – imej pertama disebar, perincian bocor

Kia menyatakan model baharu ini lebih panjang dan lebih lebar berbanding model sebelumnya, dan jarak rodanya berukuran 3,105 mm (+60 mm). K900 baharu ini juga memiliki overhang yang lebih pendek, sekaligus membuatkan rodanya lebih berdinamik ketika melalui selekoh.

Buat setakat ini, tiada foto dalaman yang diberikan, tetapi menerusi brosur yang dibocorkan ini, imej kabinnya hampir menyamai dengan lakaran awal. Roda stereng empat-jejari masih dikekalkan, dengan kekemasan kayuan dan logam venar, serta kulit asli.

Lain-lain elemen termasuk skrin sesentuh 12.3-inci, yang boleh dihubungkan dengan dial pada konsol tengah, kawalan pencahayaan pintar dengan pengesan jarak dekat, papan pemuka iluminasi juga ditampilkan apabila ia mengesan tangan pemandu menyentuh suis.

Elemen mewah juga ditampilkan, termasuk sistem pencahayaan ambien yang dibangunkan dengan kerjasama Pantone Color Institue, dengan tujuh pilihan warna, 64 tatapan untuk tahap pencahayaan di seluruh kabin.

Kia K900 2018 – imej pertama disebar, perincian bocor

Bukan itu sahaja, jam analog yang terletak antara corong pendingin hawa tengah juga telah dibangunkan khas untuk K900 ini, hasil kerjasama jenama jam mewah Swiss, Maurice Lacroix.

Untuk pasaran Korea, barisan enjin yang sama dikekalkan, termasuklah 3.3 liter T-GDI V6, 3.8 liter GDi dan 5.0 liter Tau Gdi V8. Ia turut dipadankan dengan transmisi automatik lapan-kelajuan, dengan pacuan semua-roda sebagai pilihan jika pembeli tidak mahu pacuan roda-belakang.

K900 baharu ini akan diproduksi di Korea, dan bakal dijual di pasaran terpilih bermula suku kedua 2018.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

Certified Pre-Owned - 1 Year Warranty

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Izwaashura Sadali

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

 
 

Add a comment

required

required