Semua kira-kira 800 staf SPAD diserap masuk ke JPJ

Semua kira-kira 800 staf SPAD diserap masuk ke JPJ

Semalam, Tun M umum akan bubar beberapa agensi termasuk Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD). Ada yang risau, kerana menjangkakan akan berlaku membuangan staf dan tenaga kerja. Tetapi hari ini, Menteri Pengangkutan, Anthony Loke telah sahkan, bahawa sekitar 800 staf SPAD sedia ada akan diserap ke Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

The Star melaporkan, Anthony memberi jaminan kepada semua staf SPAD bahawa mereka tidak akan diberhentikan. “Kita mempunyai 1,000 kekosongan jawatan di JPJ yang telah dibekukan daripada pengambilan baru. Kita mengambil keputusan untuk membawa masuk semua staf SPAD terlebih dahulu untuk memenuhi jawatan-jawatan berkenaan. Apa-apa perkara yang bertindih akan dinilai semula nanti,” jelas Anthony.

SPAD sebelum ini terletak di bawah bidang kuasa Jabatan Perdana Menteri, bertujuan untuk merancang, mengawal selia dan menguatkuasa hal-hal berkaitan pengangkutan awam darat di Semenanjung Malaysia. Ia diasaskan pada tahun 2010.

Dengan pembubaran SPAD, fungsi dan peranannya kini akan kembali di bawah bidang kuasa Kementerian Pengangkutan.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Hazril Hafiz

Berkecimpung di dalam media automotif tempatan sejak 10 tahun lalu, Hafiz mengimpikan sebuah Malaysia dengan jaringan sistem pengangkutan awam yang lebih cekap dan menyeluruh. Tugas terakhirnya sebelum menyertai laman web ini ialah sebagai editor sisipan automotif sebuah akhbar arus perdana.

 
 

Add a comment

required

required